Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

PRK SLIM | Wakil Pemuda Bersatu (Armada) diperlakukan dengan layanan yang kurang menyenangkan pada majlis pelancaran jentera Pemuda BN untuk pilihan raya kecil ini tengah hari tadi.

Hadirin, yang terdiri daripada penyokong BN, menyorak "boo" apabila Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menyebut parti itu yang sekarang berhasrat secara rasmi menyertai Muafakat Nasional, gabungan Umno dan PAS.

Menambah layanan yang dilihat memalukan itu, apabila Zahid memberitahu Armada supaya membuktikan keupayaannya pada PRK ini.

"Pada (PRK) Chini dan Slim, ada Armada Bersatu (hadirin bersorak boo)," katanya ketika berucap.

"Di Slim, buktikan bahawa mereka jujur dan ikhlas," katanya menegaskan Umno menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan PN tetapi mahukan parti dalam gabungan itu menunjukkan keihlasannya.

Tiga wakil Armada, termasuk Ketua Pemuda Bersatu Perak Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh, berada di atas pentas ketika Zahid menyampaikan ucapannya. 

Beberapa wakil Pemuda PAS turut kelihatan.

Zahid turut mengingatkan Bersatu sekiranya parti itu gagal menarik 6,000 undi kepada BN pada PRK Slim, maka BN patut menyoal nilai kerjasama dengan Bersatu.

Jangan main-main dengan BN

"Kalau tidak dapat 8,000 atau 6,000 undi, kita harus tanya, apa nilai perkongsian politik dengan mereka.

"Betul kita ada dalam kerajaan, tapi jangan jadikan kita sebagai melukut di tepi gantang.

"Kalau mahu berkongsi, berkongsi lah dengan perkongsian benar. Kita tidak mahu ada agenda di sebalik tabir dan Umno diguna sebagai batu loncatan.

"Jangan main-main dengan BN dan MN. 

"Bila telah nampak cahaya di hujung terowong makin terang, saya tidak mahu mana-mana pihak, masih hidup atau masih mati, terhegeh-hegeh mahu bersama BN," katanya.

Sementara itu, Zahid memuji kesetiaan dan kejujuran PAS sebagai rakan kongsi gabungan MN.

Ini, jelas presiden Umno meskipun PAS tidak pernah meletakkan calonnya pada mana-mana PRK sejak 9 Mei 2018.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS