mk-logo
Berita
‘Majoriti projek dari era BN’: Ini pula senarai Guan Eng
Diterbitkan:  Aug 27, 2020 1:41 PM
Dikemaskini: 5:46 AM

Bekas menteri kewangan Lim Guan Eng menyenaraikan semula projek-projek rundingan terus yang sebelum ini dikaitkan dengan pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Dia berkata hanya RM352 juta (5.3 peratus) perolehan baru daripada RM6.61 bilion projek dilaksanakan oleh kerajaan PH sebelum ini.

Lim berkata, sebanyak RM4.48 bilion (67.7 peratus) projek dalam senarai dikeluarkan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz semalam sebenarnya ditawarkan ketika BN memerintah.

Sebanyak RM1.753 bilion (26.5 peratus) pula diwarisi daripada kerajaan BN, kata Lim yang juga setiausaha agung DAP.

Dia menegaskan projek rundingan terus di era PH hanya bernilai RM352 juta atau 0.07 peratus daripada nilai keseluruhan perolehan kerajaan (RM477.38 bilion).

Itu pun, katanya, melibatkan bidang dengan keperluan mendesak seperti perbekalan buku teks sekolah oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan operasi pembasmian kecemasan wabak rabies di Sarawak.

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) semalam mendedahkan senarai 101 kontrak yang didakwa diberikan oleh pentadbiran PH melalui rundingan terus.

Pemimpin PN membidasnya dengan mendakwa PH melanggar manifesto sendiri yang mahu mengamalkan tender terbuka untuk projek kerajaan.

Berikut senarai projek yang didakwa diwarisi daripada BN yang didakwa disambung atau ditambah baik serta bercirikan kepakaran khas atau monopoli:

 Senarai di bawah pula berkaitan projek rundingan terus di era PH, menurut Lim:

 


Lihat Komen
ADS