Malaysiakini
BERITA

Laporan: Bung persoal slogan Shafie mirip negara jiran

Diterbitkan

PRN SABAH | Slogan yang digunakan Ketua Menteri sementara Sabah, Mohd Shafie Apdal di beberapa papan tanda negeri itu telah mendapat kritikan pihak lawan.

Menurut Pengerusi BN Sabah Bung Moktar Radin, slogan In God We Trust yang digunakan di papan tanda serta menampilkan wajah Shafie sama dengan cogan kata Filipina.

Tambah Bung Moktar, Mohd Shafie tidak wajar meniru kata-kata atau slogan pihak lain, terutamanya dari negara yang kini menuntut Sabah.

“Mengapa kenyataan ini mirip slogan negara jiran?” katanya seperti dipetik portal The Daily Express.

Bung Moktar turut mengkritik slogan lain yang digunakan pada papan tanda memaparkan wajah Mohd Shafie.

Menurut laporan itu lagi, Bung mendakwa slogan ‘'We are here to build a nation" (Kami di sini untuk membina negara) turut dilihat seperti memberi harapan ke atas tuntutan dibuat negara jiran itu.

Sabah kini dalam tempoh berkempen bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) yang akan diadakan pada 26 Sept ini.

Mohd Shafie merupakan presiden Warisan yang menjadi parti pemerintah Sabah sebelum dewan undangan negeri (DUN) dibubarkan ekoran cubaan digerakkan wakil Umno di situ, Musa Aman, mengambil alih kerajaan.

Cuba mempertahankan kerajaan negeri dengan mendapatkan mandat baru daripada rakyat, Mohd Shafie dan Warisan berdepan beberapa cabaran, termasuk kewujudan blok politik baru dikenali Gagasan Rakyat Sabah yang menggabungkan BN, Perikatan Nasional dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Untuk rekod, baru-baru ini, beberapa ahli politik di Filipina mula mengorak langkah untuk memperbaharui tuntutan ke atas Sabah.

Suatu rang undang-undang juga dicadangkan untuk meminda Akta Pasport Filipina 1996 dan memasukkan Sabah dan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) sejauh 200 batu ke dalam peta negara berkenaan.

Ia telah mendapat kritikan hebat dari Malaysia dan juga menjadi sebahagian topik kempen pada PRN Sabah kali ini. 

[Baca berita asal]

Malaysiakini telah menyajikan laporan percuma dalam bahasa Melayu selama 17 tahun. Langkah ini diambil sebagai khidmat kami untuk masyarakat.

Kami berharap ia dapat membantu pembaca membuat keputusan terhadap sesuatu perkara secara bermaklumat, selain menggalakkan perbahasan serius berkaitan isu-isu melibatkan kepentingan awam.

Malaysiakini juga berharap rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam isu-su penting dalam negara.

Langgan Malaysiakini (versi Bahasa Inggeris) sebanyak RM20 sebulan atau RM200 setahun bagi mendukung media bebas di negara ini.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.