Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pertimbangkan semula pindaan berkaitan pemandu mabuk - bekas hakim
Diterbitkan:  Sep 21, 2020 3:57 PM
Dikemaskini: 7:57 AM

Bekas hakim Mahkamah Rayuan VC George mendesak Dewan Negara supaya mempertimbangkan semula pindaan Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan yang diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 26 Ogos lalu. Pindaan tersebut akan dibentangkan di Dewan Negara minggu ini dengan bertujuan untuk mengekang pemanduan di bawah pengaruh alkohol.

Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong mberkata, bahawa pindaan itu bertujuan untuk mmperkasakan hukuman sedia ada dengan dengan jumlah denda lebih tinggi sehingga RM150,000 dan hukuman penjara lebih 20 tahun serta penggantungan lesen memandu.

Akta sedia ada sekarang hanya memperuntukkan hukuman penjara antara tiga hingga 10 tahun dan denda antara RM8,000 hingga RM20,000 jika sabit kesalahan.

Rang undang-undang itu disahkan dengan undi suara dan mendapat sokongan daripada wakil rakyat kerajaan mahupun pembangkang, termasuk daripada bekas menteri pengangkutan Anthony Loke.

"Pindaan itu akan menghilangkan budi bicara hakim berhubung dengan hukuman yang akan dijatuhkan," kata George kepada Malaysiakini.

Katanya, menteri harus ingat bahawa antara peranan badan kehakiman adalah menyediakan semak dan imbang (check and balance) terhadap kuasa eksekutif yang berlebihan, dan hukuman mandatori mengikat tangan hakim dalam hal ini.

"Eksekutif telah, sejak sekian lama, berusaha untuk mengurangikan aspek peranan badan kehakiman, misalnya, dengan berkata, bahawa keputusan menteri berkenaan suatu perkara adalah muktamad,” kata George.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS