Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Saya bagi kad calon bukan duit, kata calon Umno

PRN SABAH | Calon Umno-BN bagi Dun Melalap, Jamawi Jaafar hari ini menafikan dakwaan dia memberikan wang seperti yang dilihat dalam satu rakaman video.

Ketika ditemui di Melalap, sebuah kawasan luar bandar di Tenom, Jamawi mengesahkan dia dalam klip video berkenaan dan rakaman itu dibuat pada 15 Sept lalu.

Jawawi berkata apa yang diberikan kepada pengundi di situ bukannya wang tetapi kad calon.

"Itu kad calon. Duit mana warna putih. Kalau RM 10 warna merah, RM50 warna biru, kalau hundred warna unggu," katanya sambil mengatakan selain itu dia juga bersalam dengan wanita dalam klip video berkenaan.

Baru-baru ini, tular rakaman klip video menunjukkan Jamawi melawat sebuah kedai kopi dan menyapa sepasang lelaki dan wanita serta menyerahkan sesuatu di tangan wanita berkenaan.

Jamawi menunjukkan kepada pemberita kad berkenaan apabila dilipat akan menunjukkan bahagian kertas berwarna putih, dan ia seperti dilihat dalam rakaman video tersebut.

Kata Jawawi, meskipun klip video itu akan menimbulkan syak terhadapnya, namun penduduk Tenom lebih mengenali beliau.

"Orang Tenom faham. Orang yang saya round kedai bukan restoran tu saja, semua saya pergi," katanya.

Pada pilihan raya umum 2018, Jamawi memenangi kerusi Kemabong dengan memperoelhi 52.68 peratus undi. Pada masa itu, dia merupakan ketua penerangan Pemuda Umno.

Jamawi menyertai Warisan pada 11 Mei 2018 selepas dua hari terpilih sebagai Adun.

Dia menukar kem sekali lagi pada penghujung Julai lalu bagi menyokong usaha Adun Sungai Sibuga, Musa Aman untuk membentuk kerajaan baru.

Bagaimanapun Dun dibubarkan sebelum Musa dapat meyakinkan Yang di-Pertua Negeri Sabah agar dia dapat mengangkat sumpah sebagai ketua menteri.

Pada PRN ini, Jamawi merupakan salah seorang daripada lima calon termasuk penyandang Dun Melalap yang juga naib presiden Warisan, Peter Anthony.

Jamawi ditemuia Malaysiakini selepas berkempen di Melalap yang merupakan sebuah kawasan pertanian di mana sebahagian besar penduduknya adalah petani yang menanam pisang, kelapa sawit dan getah.

Mesej kempennya digelar "Misi Melalap 2025", iaitu rancangan lima tahun untuk membangunkan kawasan itu.

 

Lihat Komen
ADS