Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Istana Negara sahkan majlis terima menghadap Anwar
Diterbitkan:  Sep 23, 2020 5:15 PM
Dikemaskini: 10:31 AM

Istana Negara mengesahkan bahawa Presiden PKR Anwar Ibrahim dan isterinya, Wan Azizah Ismail telah diterima untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada hari Selasa lalu.

Dalam satu kenyataan, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, bahawa majlis itu bagaimanapun ditangguhkan susulan kegeringan Seri Paduka dan terpaksa dirawat di Institut Jantung Negara.

“Ketika ini, Al-Sultan Abdullah akan terus menjalani rawatan di bawah pengawasan para pakar perubatan di Institut Jantung Negara.

“Al-Sultan Abdullah menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Daim Zainuddin, para jemaah menteri kabinet dan individu-individu termasuk Anwar Ibrahim yang telah mendoakan kesejahteraan Seri Paduka Baginda.

“Al-Sultan Abdullah turut mengambil kesempatan menasihati seluruh rakyat untuk bertenang dan menjaga kesihatan diri masing-masing dengan mematuhi prosedur operasi standard kerana negara masih menghadapi ancaman penularan wabak Covid-19,” kata Ahmad Fadil.

Dia berkata bahawa Seri Paduka turut turut mengajak seluruh rakyat untuk bersama baginda berdoa semoga Malaysia terus dilindungi dari segala bentuk ancaman dan dikurniakan kemakmuran yang berpanjangan.

Awal hari ini, Anwar, yang juga adalah ketua pembangkang, mengadakan sidang media untuk mengumumkan bahawa dia sudah mempunyai sokongan yang mencukupi di kalangan anggota Parlimen untuk membentuk kerajaan baru.

Anggota Parlimen Port Dickson itu berkata bahwa dia telah diperkenankan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong semalam, tetapi majlis berkenaan terpaksa ditangguhkan susulan kegeringan Al-Sultan Abdullah.

Lihat Komen
ADS