mk-logo
Seni & Hiburan
Buku puisi M’sia disenarai pendek untuk anugerah terjemahan di AS
Diterbitkan:  Oct 1, 2020 9:04 AM
Dikemaskini: 10:30 AM

Sebuah kumpulan puisi pengarang kelahiran Sarawak disenarai pendek untuk anugerah terjemahan bagi karya puisi dan prosa di Amerika Syarikat.

Tell Me, Kenyalang karya Kulleh Grasi yang diterjemahkan oleh Pauline Fan disenarai pendek bersama lima lagi buku terjemahan puisi dari Korea, Sepanyol dan Greek.

Keputusan itu diumumkan oleh Persatuan Penterjemah Sastera Amerika (Alta) di laman webnya semalam.

Fan ketika dihubungi Malaysiakini berkata dia terharu dengan perkembangan itu.

“Saya harap agar pengiktirafan ini memberi semangat kepada para penulis dan penterjemah Malaysia untuk terus berkarya,” katanya.

Kulleh Grasi dan Pauline Fan 

Pemenang akan menerima hadiah wang tunai AS$2,500.

Acara penyampaian hadiah akan diadakan pada 15 Oktober depan.

Kulleh Grasi atau nama sebenarnya Royston John Kulleh ialah seorang seniman, penyanyi dan penggubah lagu serta aktivis berbangsa Iban dari Kapit, Sarawak.

Dia menghasilkan karya berbahasa Melayu, Iban dan lain-lain bahasa etnik negerinya.

Fan pula terkenal kerana menterjemahkan karya-karya besar dunia ke dalam bahasa Melayu seperti karya Bertolt Brecht, Franz Kafka dan Paul Celan.

Dia menjadi pengarah bersama untuk Festival Sastera George Town.

Nyatakan sokongan anda pada kewartawanan mapan

Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk melaporkan kebenaran. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini sebagai sumber kewartawanan berkualiti. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk mempertahankan ketelusan dan keadilan.

Tanpa tauke untuk menentukan bentuk pemberitaan; bebas daripada pengaruh politik dan komersial, Malaysiakini hanya mempunyai satu sahaja bos - anda, rakyat.

Mengambil kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas rasa cinta anda kepada tanah air serta kepercayaan yang diberikan untuk kami menggalas tugas ini - sebagai semak dan imbang kepada kekuasaan.

Kami bergantung kepada langganan anda untuk mempertahankan pendirian ini. Terima kasih.

Paling Popular
Terkini