Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kit Siang selar PM berhubung dakwaan 'tiada double standard’
Diterbitkan:  Oct 7, 2020 12:17 PM
Dikemaskini: 4:17 AM

Jaminan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bahawa tidak akan ada "dua nilaian” atau double standard dalam mematuhi arahan kuarantin Covid-19 akan menjadi lebih menyakinkan jika dia menjelaskan apa yang terjadi dengan siasatan ke atas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Khairuddin Aman Razali yang ingkar kuarantin, kata veteran DAP Lim Kit Siang.

"Jaminan perdana menteri dalam siran langsung di Facebook (semalam) akan lebih meyakinkan jika dia menjelaskan apa yang terjadi pada Khairuddin selepas kembali dari Turki pada 7 Julai.

"Rakyat Malaysia masih menunggu perdana menteri menunjukkan kepimpinan dan teladan dalam kes Khairuddin. Berapa lama mesti rakyat tunggu?" soal ahli parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan.

Malaysiakini difahamkan bahawa polis baru sudah menyerahkan semula kertas siasatan (IP) membabitkan Khairuddin ke Jabatan Peguam Negara (AGC).

Ahli parlimen Kuala Nerus itu disiasat polis kerana melanggar perintah kuarantin kendiri selepas kembali dari kunjungannya ke Turki pada Julai lalu.

Dia muncul di Dewan Rakyat kurang dari seminggu selepas pulang dan hanya disedar selepas ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok, membuat pendedahan mengenainya.

Pada Ogos, Kementerian Kesihatan Malaysia mengenakan denda maksimum RM1,000 terhadap Khairuddin atas keingkaran berkenaan.

Menurut Lim, Muhyiddin harus menyakinkan para menterinya tentang kepentingan mengembalikan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap perang melawan Covid-19. Katanya, para pemimpin kerajaan harus berhenti mendesak rakyat agar mematuhi SOP Covid-19 sedangkan mereka sendiri yang ingkar peraturan.

Bagi Lim, “ucapan Muhyiddin secara langsung semalam adalah yang terburuk yang disampaikannya sejak menjadi perdana menteri 'pintu belakang' pada 1 Mac."

"Kesan buruk, cemas dan marah segera tercetus di media sosial ketika dia menyebut dirinya sebagai 'abah' dan secara berseloroh mahu “menggunakan rotan” jika orang ramai tidak mematuhi SOP kerajaan untuk membendung penularan Covid- 19.

“Kemarahan orang ramai dapat dirasakan apabila seorang kanak-kanak berusia satu tahun dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19, mangsa paling muda akibat wabak di negara ini," kata Lim.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS