Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Awam gesa kerajaan bentang RUU Gangguan Seksual bulan depan

Dengan peningkatan kes gangguan seksual, terutama gangguan siber semasa perintah kawalan pergerakan (PKP), kumpulan masyarakat sivil melancarkan kempen dalam talian bagi mendesak kerajaan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Gangguan Seksual di parlimen bulan depan.

All Women’s Action Society (Awam) melancarkan kempen media sosial minggu lalu bagi meningkatkan kesedaran dan menggesa rang undang-undang tersebut diluluskan.

Untuk menyertai kempen tersebut, netizen diminta menulis status dengan hashtag #AWAMForTheBill, #JanganHampakanKami, dan #DontDisappointUs; menggunakan gambar profile Facebook Awam dan memandatangani petisyen dalam talian.

Sejak 3 Oktober, lebih daripada 4,500 telah menandatangani petisyen tersebut.

Kumpulan itu juga menyiarkan foto ahli politik yang memegang plakad bertulis "Bentangkan Rang Undang-Undang Gangguan Seksual pada bulan November", bagi menunjukkan sokongan bipartisan terhadap RUU berkenaan.

Mereka yang menyertai kempen itu antara lain termasuk Menteri Belia dan Sukan, Reezal Merican Naina Merican; Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin; Anggota Parlimen Seremban dan bekas menteri pengangkutan Anthony Loke dan anggota parlimen Kota Raja yang juga bekas menteri pertahanan, Mohammad Sabu.

RUU baru meliputi gangguan siber

Seorang wakil Awam memberitahu Malaysiakini bahawa ada keperluan mendesak untuk meluluskan rang undang-undang tersebut kerana gangguan seksual semakin berleluasa dengan kemajuan teknologi.

Dia berkata rang undang-undang baru itu akan merangkumi gangguan seksual dalam talian. 

Pada masa ini, Malaysia tidak mempunyai undang-undang untuk menangani kes-kes tersebut.

"Pelaku yang melakukan ganguan dalam talian boleh mengakses maklumat dengan mudah di mana sahaja dan bila-bila saja, tetapi ini tidak memberi kelebihan kepada mangsa bukan hanya kerana mereka tidak tahu apa langkah yang harus diambil tetapi juga kerana prosedur aduan selalunya panjang dan memalukan kerana bahan-bahan dalam talian yang sering terdedah ini sering bersifat peribadi.

"Oleh itu, kami berpendapat bahawa memastikan Malaysia selamat sekarang lebih penting daripada segalanya," kata wakil itu.

Katanya, daripada 191 aduan yang diterima oleh Awam bagi keganasan berdasarkan jantina dari 18 Mac hingga 9 Sept, 40 daripadanya berkaitan dengan gangguan seksual, kebanyakannya dalam talian.

"Ini lebih tinggi daripada jumlah kes yang kami terima sepanjang tahun lalu!" jelasnya.

 [Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS