Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Cathay Pacific tutup anak syarikat, kurangkan 5,900 pekerja

GLOBAL l Cathay Pacific Airways Ltd Hong Kong mengumumkan bahawa syarikat penerbangan itu akan mengurangkan mengurangkan hingga 5,900 pekerjaan dan menutup anak syarikatnya, Cathay Dragon. Ia menyertai senarai syarikat penerbangan yang semakin meningkat melakukan pemotongan kerja ketika berdepan pandemik Covid-19.

Dalam satu kenyataan kepada bursa saham, syarikat penerbangan memaklumkan ia juga sedang cuba melakukan pindaan dalam kontraknya dengan kru kabin dan juruterbang sebagai sebahagian daripada penyusunan semula korporat yang menelan belanja HK$2.2 bilion ($ 283.9 juta).

Secara keseluruhan, ia akan memotong 8,500 jawatan, atau 24 peratus daripada jumlah kakitangannya, termasuk 2,600 jawatan yang belum diisi susulan inisiatif pengurangan kos, kata Cathay.

"Pandemik global terus memberi kesan buruk kepada penerbangan dan hakikatnya adalah kita mesti menyusun semula Kumpulan untuk terus bertahan," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Augustus Tang dalam satu kenyataan.

Saham Cathay melonjak hampir 7 peratus dalam perdagangan awal, dengan broker Jefferies berkata bahawa pengumuman itu berjaya meredakan saham syarikat berkenaan.

Singapore Airlines Ltd dan Qantas Airways Ltd Australia juga telah mengumumkan pemotongan gaji besar, manakala Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa menjangkakan lalu lintas udara tidak akan pulih sehingga 2024.

- Reuters

[Baca berita penuh]

Dalam perkembangan berkaiatan, Bernama memetik agensi berita Xinhua melaporkan Cathay Pacific Airways Limited yang berpusat di Hong Kong pada Rabu mengumumkan untuk mengurangkan sekitar 8,500 jawatan, merangkumi kira-kira 24 peratus daripada 35,000 jumlah pekerjanya.

Daripada 8,500 jawatan, sekitar 5,300 pekerja di Hong Kong akan diberhentikan pada minggu-minggu akan datang, dan kira-kira 600 pekerja di luar Hong Kong kemungkinan terjejas tertakluk kepada peraturan tempatan.

Selebihnya 2,600 jawatan yang akan dihapuskan belum diputuskan, ia disebabkan inisiatif pengurangan kos dalam beberapa bulan terakhir termasuk pembekuan pengambilan pekerja dan penutupan beberapa pangkalan tertentu luar negeri, kata syarikat itu.

Cathay Dragon, syarikat penerbangan milik penuh Cathay Pacific, akan menghentikan operasinya mulai Rabu. Berikutan itu, kebenaran pengawalseliaan sebahagian besar laluan udara Cathay Dragon akan dikendalikan oleh Cathay Pacific dan Hong Kong Express Airways Limited, anak syarikat milik penuh syarikat tersebut.

Anak kapal dan juruterbang Cathay Pacific yang berpangkalan di Hong Kong akan diminta untuk bersetuju dengan perubahan dalam syarat perkhidmatan mereka, antara lain, menyesuaikan imbuhan dengan produktiviti dan meningkatkan daya saing pasaran.

Penyusunan semula akan menelan belanja sekitar 2.2 bilion dolar Hong Kong (sekitar US$283 juta), dibiayai oleh syarikat melalui sumber dalamannya.

Syarikat itu berkata industri penerbangan berhadapan cabaran besar akibat pandemik Covid-19, dengan masa depannya yang masih tidak menentu dan pemulihannya juga jelas perlahan. Berdasarkan jangkaan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa, perjalanan penumpang tidak akan kembali ke tahap pra-CovidD-19 sehingga 2024.

Pasukan pengurusan syarikat telah merumuskan keadaan paling optimis yang dapat diserapnya secara bertanggungjawab hanyalah pada 2021, syarikat akan beroperasi di bawah 50 peratus daripada jumlah penumpang yang dikendalikannya pada tahun 2019. (US$1 bersamaan 7.75 HK dolar).



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS