Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kumpulan guru mahu kembalikan saman terhadap sekolah vernakular

Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (IGMM) akan memfailkan permohonan untuk memulakan kembali samannya berhubung kesahan sekolah vernakular.

Peguamnya Shaharudin Ali memaklumkan perkara itu kepada Malaysiakini hari ini.

"Kami akan menggunakan Aturan 34, Kaedah 6(2) dalam Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 paling lewat esok. Dalam kes ini, kami menjadi plaintif, bukannya defendan," katanya.

Aturan 34 Kaedah 6(1) menyatakan jika mana-mana pihak gagal menghadiri pengurusan kes praperbicaraan pada waktu ditetapkan, mahkamah boleh menggugurkan tindakan undang-undang mereka.

Bagaimanapun aturan 34 Kaedah 6(2) menyatakan arahan yang dibuat mahkamah ketika ketidakhadiran pihak terlibat atau yang terkesan dengan arahan itu, boleh digugurkan atas permohonan pihak tersebut.

Semalam, portal Free Malaysia Today melaporkan Mahkamah Tinggi Kota Bharu menggugurkan saman yang dimulakan IGMM kerana ketidakhadiran peguam plaintif ketika pengurusan kes pada 25 Oktober.

Hari ini, Shaharudin mendakwa dia tidak dapat hadir kerana mempunyai masalah mata serius.

"Darah keluar dari mata kanan saya. Pakar kata ia subconjunctival hemorrhage. Ketika mata kanan saya berdarah kerana salur darah pecah, ia bukan perkara kecil.

"Susah untuk bergerak. Saya perlu makan ubat dan berada di rumah susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)," katanya.

Katanya lagi, firma guamannya di Kota Damansara terletak dalam zon merah Covid-19.

Walaupun jika pengurusan kes dibuat pada hari lain, katanya lagi, pejabatnya tetap tutup kerana PKPB.

"Kami akan sediakan lima asas mengapa pengembalian (saman) adalah tindakan sepatutnya. Dengan kombinasi sebab yang dinyatakan, kami berdepan kesukaran untuk mendapatkan peguam yang sesuai di Kota Bharu bagi pihak kami," katanya lagi.

Pada 21 Februari lalu, IGMM dilaporkan memfailkan saman terhadap kerajaan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu untuk mencabar keperlembagaan sekolah vernakular.

Kumpulan itu memohon pengisytiharan bahawa Seksyen 17 dan 28 Akta Pendidikan 1996, yang membenarkn penggunaan bahasa Tamil dan Mandarin sebagai pengantaraan pengajaran di sekolah Vernakular, sebagai tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS