Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Syarikat Dhaya Maju LTAT (Dhaya Maju) mendapat perintah interim (ad-interim) daripada mahkamah bagi menghalang kerajaan dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengarahkan mereka menghentikan kerja-kerja projek Landasan Berkembar Lembah Klang (KCVCT2).

Perintah itu dikeluarkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas Dhaya Maju mengemukakan permohonan mengenainya pada 2 Nov lalu.

Ia berkuat kuasa sehingga 12 Dis ini atau sebarang tarikh baru yang dikeluarkan mahkamah.

Injunksi ad-interim itu adalah mengenai saman Dhaya Maju ke atas dakwaan penamatan kontrak mereka oleh kerajaan melalui sepucuk surat bertarikh 23 Sept.

Mengikut undang-undang, pihak yang terbabit dalam tindakan un dang-undang boleh memohon perintah sementara bagi mengekalkan status quo ketika tindakan utamanya berlangsung.

Pada 9 Nov Malaysiakini melaporkan Dhaya Maju memfailkan saman ke atas kerajaan dan syarikat terbabit juga mengemukakan permohonan injunksi ad-interim kepada mahkamah.

Secara keseluruhan, Dhaya Maju ketika ini mengambil sekurang-kurangnya tiga tindakan undang-undang ke atas kerajaan berhubung dakwaan penamatan kontrak KVDT2.

Salah daripadanya ialah permohonan semakan kehakiman terhadap penamatan kontrak yang didakwa. Tindakan undang-undang itu difailkan pada 3 Sept.

Tindakan lain yang diambil syarikat itu ialah writ saman yang difailkan pada 7 Sept.

Dhaya Maju menamakan kerajaan Malaysia dan Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong sebagai defendan dalam dua writ saman mereka, dan sebagai responden dalam permohonan semakan kehakiman.

Turut dinamakan dalam tindakan writ Dhaya Maju ialah firma perunding kejuruteraan Opus Consultants (M) Sdn Bhd, dan KTMB sebagai defendan.

Berdasarkan salinan dokumen mahkamah yang dilihat Malaysiakini, defendan pertama (kerajaan Malaysia) dan defendan keempat (KTMB) diarah agar tidak memasuki tapak projek KVDT2 dan mengarahkan plaintif (Dhaya Maju) menghentikan kerja mereka sehingga 10 Dis atau tarikh baru yang ditetapkan mahkamah.

"Bahawa defendan pertama dan defendan keempat sama ada melalui diri mereka, kakitangan mereka, pekerja atau wakil mereka, dihalang daripada memasuki tapak kerja Projek KVDT2 dan mengarahkan plaintif untuk menghentikan kerja-kerja berkenaan dengan pembatalan yang dikatakan kontrak disemak semula sehingga 10 Dis 2020 atau mana-mana tarikh kemudian yang diarahkan mahkamah," kata dokumen berkenaan.

Defendan terbabit juga dilarang memasuki tapak projek untuk mengarahkan plaintif mengosongan kawasan berkenaan sehingga tarikh sama.

Dokumen itu juga menyatakan KTMB dilarang membatalkan lesen untuk menduduki Dhaya Maju sehingga tempoh yang dinyatakan.

Semakan dalam talian menunjukkan kes itu ditetapkan untuk didengar di depan hakim Ling Chong Fong pada 10 Dis ini.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS