Malaysiakini
BERITA

Pengusaha pub, pemuzik rayu pengecualian bayaran yuran lesen hiburan

Martin Vengadesan

Diterbitkan

Pengusaha pub dan pemuzik yang terjejas teruk selepas tidak dapat menjalankan perniagaannya sejak Mac merayu pihak berkuasa untuk memberi pengecualian yuran lesen hiburan dan cukai yang berjumlah RM8,000 bagi tahun akan datang.

Ahli muzik Brian Gomez yang merupakan pemilik dan pengendali Merdekarya di kawasan Jalan Gasing, Petaling Jaya berkata kesan lapan bulan yang panjang telah melumpuhkan industri ini dan tidak ada yang dapat menjangkakan bila ia akan berakhir.

"Kami mendapati diri kami, setelah lapan bulan yang panjang tanpa hiburan pada 'Musim Pembaruan Lesen' pula."

"Bolehkan anda dengan baik hati menjelaskan kepada pusat-pusat hiburan bagaimana anda sanggup meminta kami membayar RM8,000 lebih sebagai bayaran pembaruan lesen hiburan ditambah cukai, dan pada masa yang sama tidak membenarkan industri hiburan?" Tulis Gomez di Facebook yang ditujukan kepada pihak berkuasa tempatan Selangor.

"Sudah lapan bulan, dan secara jujur, kemungkinan lapan bulan lagi sebelum industri hiburan dibenarkan lagi.

"Itu lebih dari satu tahun di mana anda, sekali lagi, telah mengutip wang sementara kami masih dalam kesulitan," kata Gomez.

Dia berkata bahawa dia tidak semestinya tidak setuju dengan larangan industri hiburan walaupun ia merupakan punca pendapatan dan pada umumnya pusat hiburan telah mengikutinya.

"Tetapi hakikatnya adalah larangan yang telah anda tetapkan kepada kami, namun anda meminta kami membayar RM8,000 lebih untuk memberi kebenaran agar kami terus tidak mencari nafkah.

"Oleh itu, saya meminta anda untuk mengetepikan yuran dan cukai lesen hiburan untuk kedai-kedai muzik di Selangor untuk tahun 2021. Ini adalah perkara yang logik untuk dilakukan. Ini adalah perkara yang betul untuk dilakukan," katanya.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Gomez menjelaskan bayaran tersebut adalah RM4,705 untuk hiburan dan RM3,600 cukai hiburan.

"Oleh kerana Merdekarya membuat persembahan muzik secara langsung, perniagaannya menjadi sangat buruk.

"Syukurlah kami mempunyai F&B (kedai makanan) untuk menjana pendapatan, tetapi dengan SOP PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), bahkan itu hampir tidak membantu kami terus bertahan," katanya.

Dia berkata ketika ini Merdekarya sepenuhnya menumpukan perhatian pada perniagaan makanan, walaupun sambutannya memberangsangkan, namun langkah penjarakan fizikal bermaksud pendapatan yang dijana sangat terhad.

"Kami tidak memikirkan untuk menyerah kalah pada persembahan muzik secara langsung.

"Ini inti utama jenama kami. Kami bahkan belum mencuba perkara seperti persembahan secara langsung atas talian dan lain-lain... sebenarnya ia bukan persembahan muzik secara langsung.

"Kami mencuba persembahan yang mematuhi SOP pada pertengahan tahun, tapi kami perlu hadapi realiti bahawa orang tidak pergi ke persembahan muzik secara langsung dengan konsep penjarakan fizikal, " tambahnya.

Ahli muzik tak pernah bergelut seperti ini

Pemain keyboard, vokalis Amizan Ariffin telah menceburi muzik secara langsung di Lembah Klang sejak 30 tahun yang lalu dan tidak pernah melihat keadaan seperti ini sebelumnya.

Dia berkata banyak kedai masih belum pasti dengan peraturan yang dilaksanakan oleh kebanyakan majlis perbandaran.

"Muzik secara langsung dan deejay sudah tidak diizinkan, tetapi banyak lagi yang tidak dibenarkan untuk memainkan muzik atas talian atau menyiarkan hiburan di skrin TV mereka.

"Pihak berkuasa perbandaran yang juga harus disalahkan kerana tidak membiarkan bentuk hiburan ini berlaku. Oleh itu, bayaran hiburan harus dikecualikan."

"Mudah-mudahan dengan mengecualikan cukai dan yuran, ia dapat membantu mengurangkan kos yang dikeluarkan oleh kedai-kedai ini," kata Amizan, yang menambah bahawa sektor ini terjejas teruk dan memerlukan bantuan untuk membina semula.

Pemuzik Jerry Singho adalah ahli pengasas kumpulan Country and Western group Os Pombos.

Katanya, dia kecewa kerajaan umpama tidak berminat untuk menangani masalah pemuzik dan pemilik pusat hiburan.

"Tentunya mereka harus mengetepikan cukai hiburan untuk tahun depan kerana hampir semua tempat tidak memiliki hiburan sama sekali, yang membawa saya ke titik persembahan muzik secara langsung.

"Saya dan ribuan pemuzik di luar sana sama sekali tidak dalam keadaan baik.

"Mereka tidak menyebut tentang kami dari bulan Mac sehingga belanjawan pada bulan ini mengenai bagaimana kami dapat kembali bekerja."

Singho tidak yakin dengan pendekatan kerajaan yang juga mempertimbangkan untuk memperluas larangan penjualan minuman keras di Kuala Lumpur di kedai runcit, kedai serbaneka serta kedai ubat Cina untuk menjadikannya di seluruh negara.

"Saya rasa mereka mungkin menjadikannya lebih sukar dengan menambah jumlah lesen ini," kata Singho.

Banyak pemuzik telah menyatakan keraguan terhadap ketulusan pentadbiran Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dalam mahu membantu melestarikan industri seni persembahan muzik secara langsung.

Tanggapan itu tidak dapat membantu ketika Muhyiddin bergurau di sebuah konvensyen PN pada 1 September bahawa mungkin ada baiknya jika pub dan kelab malam tidak dibuka sama sekali.

Presiden Persekutuan Industri Hiburan Malaysia Liew Poon Siak juga merasa kecewa dengan kenyataan itu, berkata perniagaan itu sedang berusaha untuk terus bertahan dan kenyataan Muhyiddin memberi satu lagi tamparan.

Ini selepas Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Nancy Shukri pada April 'dipaksa' untuk mengakui bahawa industri muzik terjejas teruk akibat pandemik Covid-19, setelah pada awalnya kelihatan tidak memperhatikan nasib industri itu.

[Baca berita asal]

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.

Iklan