Malaysiakini
BERITA

Van sebar mesej Belanjawan 2021 curi tumpuan penduduk TTDI

Diterbitkan

Mulai awal tahun ini, penduduk Taman Tun Dr Ismail sudah terbiasa dengan kenderaan polis yang lalu di kawasan mereka sambil membuat pengumuman mengenai peraturan serta SOP berkaitan perintah kawalan pergerakan (PKP)

Namun, pengunjung di pasar basah di Jalan Wan Kadir terkejut apabila mereka menyedari baru-baru ini sebuah van lalu lalu di kawasan mereka sambil membuat pengumuman mengenai Belanjawan 2021.

Rakaman video yang dipaparkan di akaun Twitter Jabatan Maklumat Wilayah Persekutuan menunjukkan van itu menyiarkan perkara berikut:

"Belanjawan dirangka dengan tiga matlamat utama iaitu kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan ketahanan ekonomi.

"Strategi utama yang disasarkan adalah pendemik Covid-19 dan kesihatan awam, menjamin kesejahteraan hidup rakyat, memacu pelaburan, memperkukuhkan sektor-sektor tumpuan, dan memudahkan aset perniagaan.

"Matlamat dan strategi yang digariskan ini adalah bagi memastikan aspek kehidupan rakyat terus terpelihara dan ekonomi negara kekal bertahan meskipun negara kita dilanda Covid-19," kata pengumuman itu.

Pengguna Twitter Nauwar Shukri yang tidak begitu terkesan, menyifatkan ia sebagai pengalaman distopia.

 

"Semasa di TTDI pagi ini, sebuah kenderaan dengan megafon bergerak perlahan, menyampaikan pesanan dari kerajaan - bukan mengenai pandemik, tetapi mengenai belanjawan yang mereka bentangkan di Parlimen dan bagaimana ia akan memberi manfaat kepada rakyat," katanya.

Berdasarkan akaun Twitter Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan, kenyataan yang disertai tanda pagar #InfoOnWheels memaklumkan van berkenaan mengunjungi pelbagai kawasan di TTDI, termasuk Ruman Panjang Bukiti Kiara, kawasan membeli-belah di sekitar pasar basah, Masjid Al-Gufran, Jalan Datuk Sulaiman, Jalan Burhanuddin Helmi dan sekitar Kampung Sungai Penchala.

Penduduk di Bangsar juga memberitahu Malaysiakini bahawa van yang membuat pengumuman serupa dilihat dan didengar di kawasan mereka.

Perkembangan ini hadir di tengah ketidakpastian sama ada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dapat memperoleh sokongan yang cukup untuk mendapat sokongan ahli parlimen untuk meluluskan belanjawan.

Muhyiddin ketika ini hanya mempunyai sokongan 112 daripada 222 ahli parlimen.

Selain itu, terdapat dua kerusi kosong masing-masing dari kerajaan dan pembangkang susulan kematian penyandangnya.

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.

Iklan