Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tunjuk bukti peruntukan pada kuil sebelum ini - MB Kedah
Diterbitkan:  Nov 25, 2020 10:29 PM
Dikemaskini: 2:29 PM

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor meminta pihak yang mengecam keputusan kerajaan negeri tidak memperuntukan dana khas kepada rumah ibadat bukan Islam supaya menunjukkan bukti bantuan seumpama itu pernah disalurkan sebelum ini.

"Bantuan kepada kuil, boleh tunjukkan kepada saya di mana, bila, tahun berapa, negeri atau pusat telah meluluskan peruntukan kepada kuil-kuil dan rumah ibadat.

"Kalau ada kita boleh tunjuk contoh, memang tidak ada," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco hari ini.

Dia berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan MIC Kedah yang menyifatkan tindakan kerajaan negeri tidak memberi peruntukan kepada rumah ibadat bukan Islam seolah-olah melayan masyarakat bukan Melayu sebagai "warga kelas ketiga".

Pengerusi MIC Kedah S Ananthan sebelum ini memberitahu Malaysiakini, kerajaan negeri Kedah pernah memberi peruntukan khas pada zaman BN dan PH.

Bekas exco negeri Dr R Summugam berkata pihaknya berasa kesal dengan keputusan kerajaan negeri tidak memberikan peruntukan berkenaan.

Bagaimanapun, Sanusi memberitahu perkara itu tidak perlu dibangkitkan kerana peruntukan seumpama tidak pernah diberikan.

"Kita boleh bagi bantuan bajet tahunan dewan, sekolah, komuniti dan perpaduan kaum.

"Dan di peringkat pusat ada peruntukan RM100 juta untuk masyarakat India sahaja.

"Jadi, saya rasa dia tidak patut bangkitkan hal seperti itu sebab memang tak pernah ada (peruntukan)," katanya.

Lihat Komen
ADS