Paling Popular
Terkini
mk-logo
Advertorial
Bjak.my Perkenal Pakej VIP, Tawar Khidmat Tunda Tanpa Had Secara Percuma
Diterbitkan:  Jan 22, 2021 12:39 PM
Dikemaskini: 8:16 AM

Pelopor perbandingan insurans kereta terbesar di Malaysia, Bjak.my kini memperkenalkan perkhidmatan eksklusif melalui Pakej VIP untuk pelanggannya.

Pakej VIP Bjak merupakan perkhidmatan eksklusif yang pertama di Malaysia bagi tujuan memberi bantuan segera kepada para pelanggan tanpa mengira masa dan tempat.

Pemandu kereta dilindungi 24 jam dengan VIP Bjak

“Melihat kepada situasi semasa kami sedar bahawa ada segelintir individu yang sukar untuk mendapatkan bantuan apabila berlaku sebarang kecemasan ketika di jalan raya. Melalui VIP Bjak, pelanggan kami sentiasa dilindungi dan mendapat bantuan segera ketika berlaku kecemasan,” kata Ketua Operasi Bjak, Fatin Izzati Masturi.

Dengan menjadi ahli VIP Bjak, pelanggan akan diberikan perkhidmatan seperti khidmat tunda tanpa had di seluruh negara, pertukaran tayar, penghantaran kecemasan minyak kereta 24 jam, servis jumpstart, bantuan automotif dan juga pemeriksaan kereta secara tahunan. Untuk bantuan, pelanggan hanya perlu menghubungi talian hotline khas yang beroperasi 24 jam.

“Prihatin dengan kesukaran yang dihadapi oleh masyarakat terutama ketika pandemik ini, kami di Bjak.my memberi penawaran harga sebanyak RM48 sahaja untuk pelanggan dapatkan perkhidmatan eksklusif ini dari kami,” tambah Fatin.

Bagi menjadi VIP Bjak, pengguna hanya perlu menambahnya sebelum melakukan proses daftar keluar ketika membeli insurans di Bjak.my.

Bjak menyediakan perkhidmatan VIP pada harga yang berpatutan

Bjak.my nekad bantu pemilik kenderaan berurusan dengan mudah dan pantas

Dalam perkembangan yang sama, syarikat teknologi berstatus MSC ini nekad untuk terus menjadi pilihan utama pemilik kenderaan memperbaharui insurans kereta dan cukai jalan.

Justeru fokus utama Bjak.my adalah memastikan teknologi dan sistem yang disediakan dapat memberi kemudahan paling maksima kepada para pengguna bagi urusan memperbaharui insurans kereta dan cukai jalan.

Di Bjak.my, pengguna bakal memperoleh sebut harga dalam tempoh kurang 3 minit dengan melakukan beberapa langkah mudah. Pengguna hanya perlu melayari website rasmi Bjak.my, pilih jenis kenderaan dan isikan maklumat yang diperlukan bagi mendapatkan sebut harga.

Panduan untuk mendapatkan sebut harga dari Bjak.my

Selesai menerima sebut harga, pengguna seterusnya berpeluang untuk melakukan perbandingan dengan 10 syarikat insurans dan takaful yang diiktiraf antaranya Takaful Malaysia, Pacific & Orient, Liberty, Zurich Takaful, MSIG dan lain-lain.

Dengan perbandingan komprehensif ini, pelanggan Bjak.my secara tidak langsung boleh mendapat penjimatan dari RM50 sehingga RM450 untuk pembelian insurans mereka.

Lebih menguntungkan pelanggan, polisi insurans juga akan diaktifkan serta-merta iaitu dalam tempoh 5 minit.

Pelanggan menerima polisi insurans dengan segera melalui email

Pelanggan setuju Bjak.my beri perkhidmatan terbaik

Sehingga tahun lalu, 3 juta pemilik kenderaan telah menggunakan Bjak.my dan rata-ratanya berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.

Bjak terima maklum balas positif daripada pelanggan

“Ramai dalam kalangan pelanggan telah memperbaharui insurans kereta mereka lebih daripada sekali dengan kami. Pada tahun kedua ini, kami akan terus memberikan pengalaman membeli insurans yang terbaik buat para pelanggan,” kata Haslin Suhaimi, Ketua Khidmat Pelanggan Bjak.my

Talian khidmat pelanggan Bjak.my beroperasi dari jam 9 pagi hingga 10 malam, setiap hari termasuk hujung minggu disediakan untuk pelanggan mempunyai pertanyaan.

Kini pelanggan Bjak turut berpeluang untuk mendapatkan pakej VIP ini secara percuma apabila membeli insurans tertentu. Pelanggan digalakkan untuk merebut peluang ini dengan segera kerana tawaran yang diberikan adalah terhad.

Layari Bjak.my untuk maklumat lanjut.


Lihat Komen
ADS