Malaysiakini
BERITA

2,985 kes, 197 pesakit di ICU, 4 kematian

Diterbitkan
Dikemaskini 13 Jan 2021, 10:44 pagi

Terdapat 2,985 kes baru Covid-19 setakat jam 12 tengah hari ini, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

"Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 144,518 kes. manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 32,377 kes," katanya pada satu kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata sebanyak empat kematian dicatatkan hari ini, dengan 197 pesakit sedang dirawat di ICU dan 79 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes baru berkenaan, katanya, terdapat dua kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, manakala penularan Covid-19 dalam negara pula adalah sebanyak 2,983 kes.

Menurutnya, Selangor melaporkan kes harian baru tertinggi iaitu sebanyak 837 kes (28.0 peratus).

"Daripada jumlah ini, sebanyak 605 kes (72.3 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

"Ini diikuti oleh Johor sebanyak 535 kes (17.9 peratus) dan Sabah sebanyak 450 kes (15.1 peratus)," katanya.

Perincian 2,985 kes positif Covid-19 baru yang dilaporkan di Malaysia pada 13 Januari 2021 adalah seperti berikut:

Selangor: 837 kes

  • 311 kes daripada kluster-kluster, termasuk 197 kes daripada kluster-kluster baru iaitu Kluster Taman Integrasi dan Kluster Jalan Ijuk;
  • 294 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • 232 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Johor: 535 kes

  • 363 kes daripada kluster-kluster, termasuk 118 kes daripada kluster-kluster baru iaitu Kluster Jalan Rami, Kluster Kota, dan Kluster Tanjung Megah;
  • 60 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • 112 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Sabah: 450 kes

  • 14 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • 323 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • 113 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 289 kes

  • 46 kes daripada kluster-kluster, termasuk 15 kes daripada kluster-kluster baru iaitu Kluster Jalan Kasturi dan Kluster Jalan Thamby;
  • 96 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
  • 146 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Sarawak: 166 kes

  • 101 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • 10 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
  • 54 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Pahang: 143 kes

  • 116 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • 15 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • 12 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Negeri Sembilan: 106 kes

  • 16 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baru iaitu Kluster Kampung Tengah;
  • 70 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • 20 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Pulau Pinang: 105 kes

  • 34 kes daripada daripada kluster-kluster sedia ada;
  • 39 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • 32 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Kedah: 97 kes

  • 10 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baru iaitu Kluster Taman Batik;
  • 35 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • 52 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Kelantan: 85 kes

  • 12 kes daripada kluster-kluster, termasuk tiga (3) kes daripada kluster baru iaitu Kluster Bukit Bakar;
  • 48 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • 25 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Melaka: 72 kes

  • 13 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baru iaitu Kluster Dialisis Malim;
  • 49 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • 10 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Perak: 61 kes

  • Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • 34 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • 24 kes lain-lain saringan Covid-19.

Terengganu: 27 kes

  • 12 kes daripada kluster sedia ada;
  • Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • Enam (6) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Wilayah Persekutuan Putrajaya: 11 kes

  • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;16
  • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Perlis: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.