Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Polis cekup 'Datuk' serang pelanggan, tampar wanita di restoran
Diterbitkan:  Jan 14, 2021 4:32 PM
Dikemaskini: 8:32 AM

Lelaki bergelar 'Datuk' itu berang selepas seorang pelanggan di sebuah restoran memintanya supaya memperlahankan suara kerana bercakap kuat dan tidak membuat bising.

Dalam kejadian jam 9 malam di restoran TNT di Tropicana Avenue, Petaling Jaya pada 12 Januari, lelaki terbabit menyerang mangsa lelaki dengan tangannya dan menampar seorang pelanggan wanita lain sebelum meninggalkan restoran itu.

Berikutan itu, mangsa lelaki berusia 31 tahun, yang bekerja sebagai pengurus, membuat laporan polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Fadzil Ahmat memberitahu media polis telah melancarkan operasi memburu suspek dan menangkapnya pada hari yang sama.

Seorang lelaki lain, yang dipercayai rakan subahat suspek, juga ditangkap.

Kata Fadzil, kejadian itu berlaku selepas pelanggan itu meminta suspek yang duduk di sebelah mejanya untuk merendahkan suaranya kerana dia bercakap dengan kuat.

"Polis menahan Datuk berusia 42 tahun dan seorang lagi lelaki berusia 39 tahun," katanya.

Menurut Fadzil lagi, polis akan menyiasat latar belakang dua lelaki berkenaan untuk mengetahui sama ada mereka terlibat dengan geng (kongsi gelap) atau aktiviti haram lain.

Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan, serta Seksyen 503 dan Seksyen 506 kanun keseksaan kerana ugutan jenayah.

Lihat Komen
ADS