Malaysiakini
BERITA

Tun Salleh Abas positif Covid-19

Diterbitkan
Dikemaskini 14 Jan 2021, 3:22 petang

Bekas ketua hakim negara Tun Dr Mohamed Salleh Abas disahkan positif Covid-19.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif as-Salihin Trustee Berhad Abdul Aziz Peru Mohamed berkata Mohamed Salleh yang juga Pengerusi syarikat amanah tersebut kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu dan berada dalam keadaan stabil.

“Bagaimanapun, pihak hospital mengambil langkah berjaga-jaga atas faktor umur Tun. Marilah kita sama-sama mendoakan kesihatan yang terbaik buat Pengerusi kita yang disayangi.

“Semoga Allah memberikan kesembuhan dan mempermudahkan segala urusan beliau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus mengesahkan bahawa Mohamed Salleh sedang dirawat di HSNZ.

Beliau bagaimanapun tidak memperincikan butiran lanjut mengenainya.

- Bernama


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.