Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Nazlan tetap kendalikan kes semasa hingga selesai
Diterbitkan:  Jan 23, 2021 8:12 PM
Dikemaskini: 12:12 PM

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali akan terus mengadili kes semasa yang dikendalikannya sehingga ia selesai, kata Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan.

Katanya kes-kes itu termasuk yang berlangsung selepas tarikh perpindahannya berkuat kuasa pada 1 Mac ini.

Mohd Nazlan yang mengadili perbicaraan membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak dalam kes membabitkan SRC International Sdn Bhd (SRC) hari ini dilaporkan akan berpindah kembali ke mahkamah sivil.

Ketika ini hakim terbabit masih mendengar beberapa kes jenayah berprofil tinggi yang ada kaitan dengan 1MDB.

Satu daripadanya ialah saman pelucutan hak oleh kerajaan ke atas syarikat PetroSaudi International Ltd serta empat yang lain membabitkan nilai AS$340 million (RM1.37 bilion)

Selain itu pada 3 Feb nanti Mohd Nazlan dijadual menyampaikan keputusan terhadap pembelaan bekas pengerusi Felda, Isa Samad, yang dituduh terbabit dalam rasuah berkaitan dengan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) oleh Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FICSB).


Baca Hakim kes Najib dipindahkan semula ke mahkamah sivil


Menurut laporan Bernama, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan memberitahu perpindahan Mohd Nazlan itu bukanlah sesuatu yang luar biasa.

Katanya ia adalah amalan biasa untuk seseorang hakim

"Pemindahan Mohd Nazlan ke mahkamah sivil dibuat bagi menggantikan hakim Wong Chee Lin yang akan bersara," katanya.

Untuk rekod sebelum ini Mohd Nazlan adalah salah seorang hakim di Mahkamah Tinggi Komersial Kuala Lumpur sebelum dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Jenayah Kuala Lumpur pada Julai 2018.

Pada 28 Julai tahun lalu Mohd Nazman menjadi hakim pertama di Malaysia menjatuhkan hukuman bersalah ke atas seorang bekas perdana menteri - Najib - berhubung tujuh tuduhan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan dana RM45 juta milik SRC.

SRC merupakan bekas anak syarikat 1MDB.


Malaysiakini didakwa atas pertuduhan menghina mahkamah ekoran komen pembaca. Berdasarkan nasihat perundangan, ruang komen untuk berita diatas tidak tersedia. Komen pembaca mungkin membawa kepada subjudis dan menghina.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS