Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Pasar Borong Pandan dekat Kangkar Tebrau, di Johor ditutup selama tujuh hari bermula hari ini hingga 31 Jan bagi membolehkan proses sanitasi dijalankan di pasar berkenaan.

Pengarah Kesihatan Negeri Johor Dr Aman Rabu ketika dihubungi Bernama mengesahkan penutupan berkenaan dan memaklumkan bahawa notis perintah tutup premis dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pagi tadi.

Beliau berkata pasar terbabit akan beroperasi semula selepas kerja-kerja sanitasi selesai dilakukan mengikut tarikh ditetapkan.

"Apabila sempurna kerja-kerja sanitasi disahkan oleh KKM, pasar berkenaan sudah boleh dibuka," katanya, hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pemborong Ikan Johor Bahru Tai Wah Sun berkata pemilik, peniaga ikan dan sayuran termasuk pekerja dan pemandu lori di Pasar Borong Pandan telah mengambil inisiatif menjalani ujian saringan kesihatan meskipun notis penutupan pasar dikeluarkan pagi tadi.

Katanya, kebanyakan warga pasar berkenaan sudah menjalani ujian saringan beberapa hari sebelumnya sebagai tindakan awal pencegahan penularan Covid-19.

- Bernama

Lihat Komen
ADS