Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Jamali Shadat meninggal dunia
Diterbitkan:  Feb 3, 2021 11:12 AM
Dikemaskini: 3:12 AM

Pelawak terkenal Jamali Shadat meninggal dunia kira-kira jam 8.30 pagi hari ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh cucunya, Isyraq Ariff Zalull Ariff, 31.

“Doktor mengesahkan datuk sudah tiada. Urusan proses pengebumian akan dimaklumkan kemudian,” katanya dipetik Harian Metro.

Terdahulu, kesihatan Jamali dilaporkan semakin merudum. Dia tidak mampu lagi berjalan selain kurang selera makan.

Allahyarham yang mempunyai kebolehan meniru dialek seperti Mandarin, Jawa dan Tamil dalam persembahan pentas dijayakannya itu mengalami kemurungan ekoran terkesan dengan kematian isterinya, Lela Yacob.

Lela meninggal dunia akibat serangan angin ahmar pada Jun 2018. Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir pada hari pertama Syawal selepas sebulan terlantar di hospital.

Jamali sebelum itu pernah diserang angin ahmar dan dijaga arwah isterinya hingga pulih.

“Arwah nenek buat rumah di Pulau Indah, Klang ini dan rancang nak tinggal dengan datuk.

“Apabila rumah siap, nenek meninggal dan hanya jasadnya dibawa balik ke situ,” kata Isyraq.

Dilahirkan di Bukit Kapar, Klang, Selangor, Jamali mempunyai lapan anak dan 39 cucu.

Pelawak legenda itu cukup dikenali dengan kebolehan melakonkan watak kanak-kanak bernama Atan bersama atuknya serta rakan berbilang kaum pada zaman kegemilangannya, 1980-an.

Lihat Komen
ADS