Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PKPD di tiga kampung di T'ganu, beberapa kawasan di Perak - Ismail Sabri
Diterbitkan:  Feb 12, 2021 5:32 PM
Dikemaskini: 11:14 AM

Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga kampung Besut, Terengganu dan di beberapa kawasan di Batu Gajah, Perak selama 14 hari bermula Ahad (14 Feb) ini, berikutan peningkatan kes positif Covid-19 di kawasan berkenaan.

Katanya, di Terengganu, KKM telah melaksanakan 570 ujian saringan dan daripada jumlah itu, sebanyak 21 kes positif Covid-19 telah direkodkan meliputi ketiga-tiga lokaliti ber

"Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Darau Awek, Kampung Padang Baloh dan Kampung Lepan Kejor, Mukim Pasir Akar, Besut, Terengganu bermula 14 sehingga 27 Februari 2021," katanya pada satu kenyataan hari ini.

Pelaksanaan PKPD ini, jelas Ismail yang juga menteri pertahanan untuk mengawal pergerakan penduduk dan mengurangkan jangkitan dalam komuniti.

Katanya, selain itu PKPD akan memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas kira-kira 2,152 penduduk di ketiga-tiga lokaliti tersebut.

Menjelaskan PKPD di Perak, Ismail berkata kawasan yang terlibat ialah Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) dan Kuarters Kakitangan di Batu Gajah, Perak.

“Sehingga kini, di kawasan terlibat di Batu Gajah, Perak, KKM telah melaksanakan 81 ujian saringan dan daripada jumlah itu, sebanyak 29 kes positif Covid-19 direkodkan serta 45 baki saringan sedang menunggu keputusan," katanya.

Sementara itu, Ismail juga mengumumkan PKPD di Penjara dan Kuarters Kakitangan Simpang Renggam di Kluang, Johor tamat pada 14 Feb ini.

Ismail berkata seramai 680 individu ditahan semalam atas kesalahan prosedur operasi standard (SOP) PKP, dengan 610 daripadanya dikompaun, 59 individu direman manakala 11 lagi dijamin.

“Antara kesalahan yang paling banyak dikesan ialah tiada penjarakan fizikal (146), rentas daerah serta negeri tanpa kebenaran (117), aktiviti pusat hiburan (106) dan tidak memakai pelitup muka (86),” katanya.

Jelasnya lagi, seramai 21 pendatang tanpa izin ditahan dalam Op Benteng di seluruh negara dan 10 kenderaan darat disita.

Kata Ismail, seramai 9,138 warga asing telah menjalani ujian saringan Covid-19 semalam, dengan 120 daripadanya didapati positif Covid-19.

Setakat ini, menurutnya Kementerian Sumber Manusia (KSM) memaklumkan, seramai 362,067 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan dengan 7,016 daripadanya disahkan positif Covid-19.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 

Lihat Komen
ADS