Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis: Identiti lelaki dipercayai murtadkan wanita Islam dikenal pasti
Diterbitkan:  Feb 20, 2021 11:11 PM
Dikemaskini: 3:12 PM

Identiti seorang lelaki yang tular dalam media sosial baru-baru ini kerana dipercayai memurtadkan seorang wanita Islam, telah dikenal pasti.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata ini susulan pemeriksaan polis di sebuah rumah di Perjiranan Bandar Dato Onn, di Johor Bahru, pada 9.50 malam semalam.

“Pemeriksaan itu hasil maklumat yang menyatakan terdapat sekumpulan orang awam berkumpul untuk menyerbu premis itu kerana mengesyaki lelaki berkenaan berada di dalam premis.

“Pihak polis telah berjaya mengawal keadaan dan hasil pemeriksaan, didapati rumah itu hanya didiami oleh ayah dan kakaknya sahaja manakala suspek yang berusia lingkungan 29 tahun tiada di situ. Oleh itu, tiada tangkapan dan rampasan dibuat,” katanya dalam satu kenyataan di Johor Bahru, malam ini.

Ayob Khan berkata kes sedang disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman di bawah peruntukan Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 serta Seksyen 298 dan 505 (C) Kanun Keseksaan.

Baru-baru ini, tular sebuah video berdurasi tiga minit 26 saat memaparkan seorang lelaki mengaku telah memurtadkan seorang wanita Islam, dipercayai isterinya.

Video itu mendapat ribuan tontonan daripada warganet.

- Bernama

Lihat Komen
ADS