Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images

Para pengunjung Zoo Negara mungkin dapat melihat bagaimana haiwan-haiwan di sana melawan gelombang haba yang sedang berlaku pada masa ini.

Harimau Bengal berendam di dalam kolamnya, manakala monyet melepaskan dahaga dengan meminum air daripada bungkusan plastik.

Sejak Februari lalu, cuaca yang panas di sejumlah kawasan di Malaysia, termasuk di Kuala Lumpur, susulan fasa akhir Monsun Timur Laut.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Jailan Simon dipetik Utusan Malaysia hari ini sebagai berkata, cuaca panas dan taburan hujan yang rendah dijangka berterusan hingga ke pertengahan bulan ini.

Lihat Komen
ADS