Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bekas hakim mahu prosiding hina mahkamah terhadap Hadi - laporan
Diterbitkan:  Mar 7, 2021 5:45 PM
Dikemaskini: 9:45 AM

Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram mahu prosiding penghinaan mahkamah dimulakan terhadap Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Ini setelah Ahli Parlimen Marang membuat kenyataam mengenai keputusan Mahkamah Persekutuan menetapkan Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 tidak sah.

 Undang-undang Syariah negeri itu berhubung seks di luar tabii.

Gopal mengatakan bahawa tidak boleh ada pilih kasih mengenai tindakan penghinaan mahkamah.

"Sekiranya Malaysiakini bersalah menghina mahkamah, maka kedudukan Hadi tidak lebih baik. Kalaupun tidak lebih teruk.

"Tidak boleh ada pendekatan berbeza dalam hal serangan terhadap tonggak pemerintahan yang penting," katanya seperti petik oleh Free Malaysia Today.

Hadi, dalam satu kenyataan yang disiarkan di Harakahdaily pada 4 Mac, tidak menamakan hakim tertentu tetapi merujuk kepada Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

Dia kemudian mengatakan ada orang yang tidak peka terhadap Islam dan menyamakannya dengan makhluk tertentu.

Gopal mengatakan bahawa komen itu sangat menghina.

"Pada pandangan saya, kenyataannya sangat menghina mahkamah dan Perlembagaan Persekutuan.

"Serangannya menunjukkan ketidakpeduliannya sepenuhnya terhadap kedaulatan undang-undang," katanya.

Pada 25 Februari, barisan sembilan hakim Mahkamah Persekutuan sebulat suara menyatakan Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 tidak sah.

Panel hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat.

Hakim lain yang mengetuai kes itu ialah Presiden Mahkamah Rayuan Rohana Yusuf, Hakim Besar Malaya Azahar Mohamed, Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Abang Iskandar Abang Hashim dan hakim Mahkamah Persekutuan Mohd Zawawi Salleh, Nallini Pathmanathan, Vernon Ong Lam Kiat, Zabariah Mohd Yusof dan Hasnah Mohammed Hashim.

Pada bulan Jun tahun lalu, Peguam Negara Idrus Harun memulakan prosiding penghinaan terhadap Malaysiakini susulan komen pembaca yang mengkritik badan kehakiman.

Pada 19 Februari, Mahkamah Persekutuan mendapati Malaysiakini bersalah kerana menghina mahkamah.

Keputusan itu dibuat meskipun komen yang dipertikaikan itu dipadam dalam beberapa minit ditanda sebagai menyinggung, sesuai dengan garis panduan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Lihat Komen
ADS