Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Di mana kerusi Umno, di situ kita akan lawan - Bersatu Terengganu
Diterbitkan:  Mar 10, 2021 9:04 AM
Dikemaskini: 1:39 AM

Bersatu bersedia meletakkan calon di semua kerusi yang akan ditandingi Umno di Terengganu, kata Pengerusinya, Razali Idris.

“Kita akan berbincang dengan kepemimpinan PAS dan Menteri Besar (Dr Ahmad Samsuri Mokhtar) untuk membenarkan kita (Bersatu) letak calon.

“Kita akan berbincang di mana kerusi Umno, di situ kita akan lawan,” katanya, petik Utusan Online hari ini.

Ini selepas Umno Terengganu dilaporkan mahu bertanding di semua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lapan parlimen pada PRU15.

Razali juga dipetik Utusan Online berkata Bersatu menerima dengan hati terbuka keputusan Umno untuk menamatkan kerjasama dua parti itu sebaik PRU15 bermula.

"Tidak ada masalah kerana sebagai ahli politik, pilihan raya adalah kerja kita,” jelasnya.

Keputusan Umno Terengganu itu menyusuli tindakan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengutuskan surat kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada hujung Feb bagi memaklumkan keputusan Majlis Tertinggi (MT) untuk tidak lagi bekerjasama pada PRU akan datang.

Bagaimanapun, Umno Perlis dan Sabah baru-baru ini menyatakan pendirian yang bertentangan, iaitu untuk meneruskan kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN).

Bekas Setiausaha Agung BN Annuar Musa pula membayangkan lebih banyak lagi Umno peringkat bahagian dan negeri yang akan mengambil pendirian itu.

Lihat Komen
ADS