Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Zii Jia juara All England
Diterbitkan:  Mar 21, 2021 11:15 PM
Dikemaskini: Mar 22, 2021 2:52 AM

Perseorangan utama lelaki negara Lee Zii Jia muncul sebagai juara Kejohanan All England.

Lee muncul juara selepas pertembungan sengit dengan pemain Denmark, Viktor Axelsen yang menyaksikan perlawanan berakhir dengan 30-29, 20-22 dan 21-9.

Axelsen yang merupakan pemain perseorangan nombor dua dunia merupakan penyandang juara.

Set pertama berlangsung sengit dengan kedua-dua pemain gagal mendahului lebih tiga mata.

Ia menyebabkan perlawanan berlanjutan dan Lee mendapat kelebihan selepas ia berakhir 30-29.

Set kedua juga bermula sengit sebelum Lee menjarakkan kedudukan sebanyak empat mata. Bagaimanapun Axelsen berjaya mengejar dan menang set kedua dengan mata 20-22.

Pada set ketiga, Lee dan Axelsen saling mengejar sebelum Lee menjarakkan kedudukan sehingga mendahului 12 mata. Dia akhirnya menang dengan mata 21-9.

Kali terakhir pemain negara menang perseorangan All England adalah pada 2017 menerusi Lee Chong Wei.

 

Lihat Komen
ADS