Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
1,199 kes baru, jangkitan di Kelantan meningkat
Diterbitkan:  Mar 27, 2021 5:09 PM
Dikemaskini: 12:22 PM

Sebanyak 1,199 jangkitan baru Covid-19 dilaporkan hari ini, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Dua lagi kematian direkodkan, menjadikan jumlah terkumpul korban seramai 1,251 nyawa.

"Dua kes kematian pada hari ini melibatkan satu kes warganegara di Sabah dan satu bukan warganegara di Pulau Pinang.

"KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka," kata Noor Hisham pada satu kenyataan.

Terdapat 1,257 kes sembuh dilaporkan hari ini, katanya, manakala kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini sebanyak 14,209.

Jelasnya, seramai 167 pesakit sedang dirawat di ICU dengan 72 memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, kes harian mencatat kenaikan di Kelantan sebanyak 138 jangkitan baru, berbanding semalam dengan 86 kes. Ini kali pertama kes harian di Kelantan mencatat tiga digit sejak 20 Feb lalu.

Ia menjadikan jumlah kumulatif kes di Kelantan sebanyak 6,066 kes.

Selangor pula melaporkan kes harian terendah (283) sejak 9 Dis lalu (277 kes).

Menurut Dr Noor Hisham, sembilan kluster dikesan hari ini melibatkan lima kluster di tempat kerja dan empat dalam komuniti.

Kluster di tempat kerja melibatkan Kluster Inanam Taipan dan Kluster Jalan Kastam Baru di Sabah; Kluster Jalan Kong Kong (Johor); Kluster Tapak Bina Bulatan Pandan (Kuala Lumpur); serta Kluster Jalan Putra Square (Pahang).

Kluster komuniti pula membabitkan Kluster Jalan Gridbid, Kluster Kampung Baru Hilir dan Kluster Jalan Tanjung Kidurong di Sarawak serta Kluster Gong Kulim di Kelantan.

“Pertambahan kluster baharu menjadikan jumlah kluster di Malaysia sebanyak 1,344 dengan 392 daripadanya masih aktif manakala 10 kluster diisytihar tamat hari ini,” jelasnya.

Status ringkas:

  • Kes sembuh= 1,257
  • Jumlah kes sembuh=325,182
  • Kes baharu positif=1,199 (1,194 tempatan, 5 import)
  • Jumlah positif=340,642
  • Kes kematian=2
  • Jumlah kes kematian=1,251
  • Kes dirawat di ICU=167
  • Bantuan Alat Pernafasan=72

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

  • Selangor - 283 (114,541)
  • Sabah - 64 (54,585)
  • Johor - 81 (40,726)
  • WP KL - 84 (37,610)
  • Negeri Sembilan - 43 (17,170)
  • Sarawak - 267 (15,443)
  • Pulau Pinang - 125 (15,299)
  • Perak - 9 (12,863)
  • Kedah - 33 (8,321)
  • Melaka - 36 (6,482)
  • Kelantan - 138 (6,066)
  • Pahang - 30 (4,177)
  • Terengganu - 3 (3,583)
  • WP Labuan - 2 (2,312)
  • WP Putrajaya - 1 (1,136)
  • Perlis - 0 (328)


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 

Lihat Komen
ADS