mk-logo
Berita
Mahkamah benarkan permohonan semakan kehakiman Pejuang

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) memulakan semakan kehakiman bagi menggesa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mendaftarkannya sebagai parti politik.

Peguam yang mewakili Pejuang, Muhammad Rafique Rashid Ali mengesahkan bahawa mahkamah membenarkan permohonan semakan kehakiman berkenaan.

"Kebenaran diberikan. Pengurusan kes berikutnya adalah pada 15 April 2021. AGC (Pejabat Peguam Negara) tidak keberatan (terhadap permohonan kebenaran), ” jelas peguam itu.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh untuk mendengar merit penghujahan berhubung semakan kehakiman berkenaan.

Prosiding hari ini diadakan di hadapan hakim Ahmad Kamal Md Shahid bagi mendengar permohonan semakan kehakiman oleh Pejuang.

Sebelum ini, Pejuang membuat rayuan kepada Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin terhadap keputusan ROS yang menolak permohonan pendaftaran mereka pada 6 Jan lalu.

Pada Disember lalu, Pejuang memohon semakan kehakiman untuk memaksa ROS membuat keputusan berhubung status pendaftaran parti itu.

Bagaimanapun, permohonan itu ditarik balik selepas ROS mengumumkan menolak permohonan pendaftaran mereka.

Pejuang yang diasaskan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad ditubuhkan pada Ogos lalu.

Ia selepas Mahathir, anaknya Mukhriz serta beberapa lagi dipecat Bersatu kerana enggan duduk di bahagian kerajaan ketika sidang Parlimen.

Dalam semakan kehakiman kali ini, Pejuang antara lain memohon perintah mandamus agar Hamzah mengarahkan ROS untuk memuktamadkan pendaftarannya sebagai parti politik, dalam masa tujuh hari selepas mahkamah membuat keputusan.

Ia juga memohon perintah mandamus agar Hamzah memberikan keputusan berhubung permohonannya terhadap langkah ROS untuk menolak pendaftaran mereka.

Selain itu, ia juga memohon pengisytiharan bahawa dakwaan kegagalan Hamzah untuk membuat keputusan berhubung surat rayuan bertarikh 8 Januari yang dihantar kepadanya adalah bersamaan dengan pelanggaran tugas statutorinya mengikut Seksyen 18 Akta Pertubuhan 1966.


Nyatakan sokongan anda pada kewartawanan mapan

Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk melaporkan kebenaran. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini sebagai sumber kewartawanan berkualiti. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk mempertahankan ketelusan dan keadilan.

Tanpa tauke untuk menentukan bentuk pemberitaan; bebas daripada pengaruh politik dan komersial, Malaysiakini hanya mempunyai satu sahaja bos - anda, rakyat.

Mengambil kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas rasa cinta anda kepada tanah air serta kepercayaan yang diberikan untuk kami menggalas tugas ini - sebagai semak dan imbang kepada kekuasaan.

Kami bergantung kepada langganan anda untuk mempertahankan pendirian ini. Terima kasih.

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
Lihat Komen
Paling Popular
Terkini