Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
K'jaan tangguh kenaikan tol 3 lebuh raya
Diterbitkan:  Apr 30, 2021 10:59 AM
Dikemaskini: 3:37 AM

Kerajaan bersetuju menangguhkan kenaikan kadar tol di tiga lebuh raya yang sepatutnya bermula tahun ini sehingga 31 Disember depan.

Menteri Kerja Raya Fadillah Yusof berkata, mesyuarat kabinet memutuskan penangguhan itu selepas mempertimbangkan peningkatan kos sara hidup rakyat akibat wabak Covid-19.

Penangguhan berkenaan melibatkan tiga lebuh raya yang sepatutnya mendapat kenaikan kadar tol mulai 1 Januari 2021 iaitu Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2)

Selain itu kerajaan juga melanjutkan penangguhan kenaikan kadar tol di 21 lebuh raya, termasuk Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuhraya Kl-Putrajaya (MEX).

Fadillah berkata, kerajaan perlu menanggung pampasan sebanyak RM2.25 bilion susulan penangguhan berkenaan.

"Anggaran pampasan ini adalah berdasarkan formula pengiraan pampasan yang ditetapkan dalam perjanjian konsessi dan jumlah sebenar bayaran pampasan tol akan ditentukan selepas proses verifikasi trafik dilakukan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia," katanya dalam kenyataan.

Lihat Komen
ADS