Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
CIJ, NUJ dan Geramm serah memo kebebasan media pada KKMM
Diterbitkan:  May 3, 2021 12:38 PM
Dikemaskini: 4:38 AM

Beberapa pertubuhan pengamal media hari ini menyerahkan memorandum kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKKM) bagi menyatakan kegusaran mereka terhadap situasi kebebasan media di negara ini.

Bersempena dengan hari kebebasan media antarabangsa, kumpulan terbabit menuntut kepada kerajaan agar memberi penekanan kepada enam perkara, antaranya semakan penggunaan undang-undang untuk mendiamkan media.

Pengarah Eksekutif Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) Wathshlah G Naidu, berkata terdapat undang-undang menekan media serta wartawan atau peraturan lapuk masih digunakan sejak beberapa tahun lalu.

Kata Wathshlah, undang-undang itu ialah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, Akta Hasutan 1948, Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984 serta beberapa yang lain.

“Seringkali undang-undang itu digunakan sebagai tekanan kepada media apabila sisi negatif kerajaan ditonjolkan,” katanya menerusi sidang media dalam talian di akaun Facebook selepas penyerahan memorandum di ibu pejabat KKKM di Putrajaya hari ini.

Selain CIJ, kumpulan media yang turut terlibat dalam penyerahan memorandum itu adalah Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) dan Gerakan Media Merdeka (Geramm).

Selain itu tuntuan lain yang dibuat perubuhan wartawan itu ialah penyediaan dana daya tahan media, mempercepatkan proses vaksin kepada petugas media dan menjamin kebebasan akses kepada semua media.

“Gugurkan juga semua siasatan dan hentikan tindakan keras terhadap media dan wartawan dan bergerak ke hadapan bagi penubuhan Majlis Media Malaysia,” katanya lagi.

Lihat Komen
ADS