Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib didenda RM3,000, restoran nasi ayam dikompaun RM10,000
Diterbitkan:  May 6, 2021 6:21 PM
Dikemaskini: 10:25 AM

Polis mengeluarkan dua denda iaitu RM3,000 terhadap bekas perdana menteri Najib Razak kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19, manakala sebuah restoran nasi ayam yang dikunjunginya dikenakan kompaun sebanyak RM10,000.

Najib didenda kerana tidak merekodkan kehadirannya di Restoran Nasi Ayam Hainan Chee Meng di Bukit Bintang selain tidak membuat pemeriksaan suhu badan ketika memasuki premis berkenaan pada 19 Mac lalu.

Sementara itu, restoran nasi ayam berkenaan didenda kerana gagal memastikan Najib mematuhi SOP.

Kompaun itu dikeluarkan terhadap Yeok Wei Hao yang juga pengurus restoran nasi ayam berkenaan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Mohamad Zainal Abdullah berkata, denda itu dikeluarkan berdasarkan keputusan Jabatan Peguam Negara setelah menerima kertas siasatan polis.

"Semua yang terlibat akan dikeluarkan kompaun dalam masa terdekat. Jumlah keseluruhan kompaun adalah RM13,000.

"PDRM menasihati orang ramai supaya mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam memerangi wabak Covid-19," katanya.

Najib sebelum ini mengakui yang dia gagal mematuhi SOP yang ditetapkan ketika mengunjungi kedai nasi ayam pada bulan Mac lalu.

Dia yang memuat naik video restoran berkenaan di media sosial, meminta pihak berkuasa mendendanya kerana tidak mematuhi SOP.


Lihat Komen
ADS