Ahli yang tidak puashati, saman Majlis Peguam
Seorang ahli Majlis Peguam telah menyaman majlis tersebut kerana mendakwa usulnya telah ditolak 'secara tidak adil' dalam mesyuarat agung tahunan (AGM) yang diadakan pada Mac 2006.
Seorang ahli Majlis Peguam telah menyaman majlis tersebut kerana mendakwa usulnya telah ditolak 'secara tidak adil' dalam mesyuarat agung tahunan (AGM) yang diadakan pada Mac 2006.
Dalam samannya itu, W E Balasingam meminta supaya Majlis Peguam mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) untuk membentangkan resolusinya dan mendapat pengisytiharan bahawa AGM itu telah diadakan secara tidak adil mengikut Seksyen 42, Akta Profesyen Guaman 1976 (LPA).
Peguam dari Ipoh itu mendakwa, majlis tersebut tidak memperdulikan permintaannya supaya menghantar usulnya yang dibentang di AGM tersebut kepada 12,000 ahlinya melalui pos.
Sebaliknya, dakwa beliau, majlis tersebut telah meletakkan 2,500 salinan usulnya itu di pintu masuk dewan tempat AGM itu diadakan pada 8 Mac di Kuala Lumpur.
Empat usul yang dibangkitkan oleh Balasingam adalah:
* Yuran tahunan RM350 dikurangkan kepada RM150;
* Menghapuskan Bantuan Guaman dengan menyatakan ia adalah tanggungjawab negeri;
* Tiada lagi bayaran dibuat kepada tabung LawCare dan apa jua wang yang telah dikutip sehingga ini, hendaklah diuruskan oleh Majlis Peguam di peringkat pusata tanpa perlu membuka pejabat di setiap negeri; dan
* Menghapuskan pemilihan 12 anggota Majlis Peguam melalui undi pos di bawah Akta Profesyen Guaman kerana mendakwa ia "pemilihan yang paling tidak demokratik di seluruh dunia".
Beliau juga mendakwa bahawa pihak majlis mahu usulnya ditolak apabila dengan sengaja mengemukakannya di akhir perbincangan dalam AGM apabila sebahagian besar ahli majlis telahpun meninggal dewan dan hanya tinggal kira-kira 200 orang sahaja.
Bagaimanapun, pengundian bagi usul Balasingam tetap diadakan di mana setiap usulnya telah ditolak dengan undi yang besar.
Amalan biasa
Peguam yang mewakili Majlis Pegiam, Ranjit Singh memperjelaskan bahawa pelbagai usul bagi AGM itu telah dikompilasikan dan dihantar kepada ahli-ahli pada 6 Mac manakala Balasingam hanya mengemukakan usulnya untuk diedarkan pada 8 Mac.
"Ini merupakan amalan biasa di mana apabila resolusi lambat dihantar, kami akan membuat salinan dan meletakkannya di pintu masuk dewan untuk diambil oleh ahli-ahli ketika AGM," katanya kepada malaysiakini.
Beliau menekankan bahawa tanggungjawab untuk mempromosi usul tersebut adalah terserah kepada Balasingam sendiri dan tidak terdapat keperluan di bawah LPA untuk menghantar usul melalui pos kepada ahli-ahli majlis.
Menurut Ranjit lagi, Balasingam juga gagal untuk membawa kepada kepada perhatian pengerusi bahawa beliau mahu usul-usulnya dibentangkan lebih awal atau beliau mendapat sokongan ahli-ahli majlis untuk membentangkan usulnya lebih awal.
Beliau tetap dengan dakwaan majlis bahawa ia tidak kuasa untuk menyekat ahli-ahli daripada meninggalkan dewan sebelum usul Balasingam dibentangkan di AGM. Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.