Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis tahan tujuh lelaki berusia isu klip video tular lumba haram

Polis menahan tujuh lelaki berusia lingkungan 15 hingga 27 tahun bagi membantu siasatan berkaitan rakaman video tular yang memaparkan sekumpulan penunggang motosikal berlumba di Jalan Pintasan Kuantan baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamed Noor Yusof Ali berkata mereka termasuk dua pelajar sekolah ditahan malam tadi di beberapa lokasi sekitar Kuantan ini menerusi Operasi Khas Samseng Jalanan yang dibuat bagi mengesan pelaku dalam video itu.

"Video tular itu memperlihatkan sekumpulan lelaki menunggang motosikal dalam keadaan menunduk kerana dipercayai sedang berlumba berhampiran Terminal Sentral Kuantan, yang difahamkan berlaku sekitar 7 petang 30 Mei lalu.

"Penahanan suspek juga membawa kepada penemuan tujuh motosikal jenis Yamaha Skuter Avantiz dan Solariz yang dipercayai digunakan dalam aktiviti tersebut," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata suspek kini direman hingga 8 Jun bagi membantu siasatan mengikut Sekyen 81 (3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntuk hukuman maksimum penjara enam bulan atau denda RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS