Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
5,271 kes baru, 82 kematian, lebih 900 di ICU
Diterbitkan:  Jun 7, 2021 2:59 PM
Dikemaskini: 10:46 AM

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan terdapat 5,271 kes baru Covid-19 hari ini.

Ini merupakan penurunan kes baru untuk empat hari berturut-turut dan angka terendah dalam tempoh tiga minggu.

Bagaimanapun, angka kematian masih tinggi dengan sebanyak 82 kematian direkodkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam.

Jumlah kematian tertinggi direkodkan di Selangor iaitu sebanyak 23 kes, diikuti Johor (17), Negeri Sembilan (11), Kuala Lumpur (8), Kedah (5), Sarawak (4), Perak (4), Kelantan (4) dan Labuan (2). 

Manakala Sabah, Melaka, Terengganu dan Pulau Pinang masing-masing mencatatkan satu kematian.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan seramai 902 pesakit kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 447 memerlukan bantuan pernasafan.

Berbanding semalam, jumlah pesakit yang sembuh kini mengatasi kes baru dengan seramai 7,548 pesakit pulih daripada jangkitan berkenaan.

Sebanyak 23 kluster baru dikesan di seluruh negara, menjadikan jumlah kluster aktif kini adalah sebanyak 726 kluster.

Sementara itu, jumlah kes baru di Selangor menurun kepada 1,374 kes - pertama kali kurang daripada 2,000 sejak 18 Mei.

Namun perlu dinyatakan bahawa jumlah ujian yang dijalankan pada hari minggu dan hari cuti umum adalah lebih rendah daripada hari biasa.

Jumlah kes baru hari ini adalah daripada ujian yang dibuat beberapa hari sebelumnya.

Jumlah kes baru di Sarawak pula kekal tinggi iaitu 703 kes. 

Kes baru tertinggi di negeri itu dicatat pada 16 April dengan 960 kes.

Jumlah kes harian baru di Malaysia dilihat semakin berkurang sejak seminggu lalu, susulan penguatkuasaan sekatan pergerakan penuh pada 1 Jun.

Berikut adalah pecahan kes baru mengikut negeri:

  • Selangor - 1,374
  • Sarawak - 703
  • Negeri Sembilan -571
  • Kuala Lumpur - 455
  • Johor - 355
  • Kelantan - 341
  • Sabah - 336
  • Labuan - 209
  • Kedah - 194
  • Melaka - 178
  • Perak - 177
  • Pulau Pinang - 153
  • Terengganu - 117
  • Pahang - 99
  • Putrajaya - 8
  • Perlis - 1 
Lihat Komen
ADS