Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Penularan Covid-19 di Malaysia masih sangat serius, kata Noor Hisham
Diterbitkan:  Jun 8, 2021 9:05 PM
Dikemaskini: 1:05 PM

Situasi penularan wabak Covid-19 di Malaysia masih kekal di tahap "sangat serius", kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Kenyataan itu di tengah-tengah penurunan kes baru harian kebelakangan ini.

Noor Hisham berkata, kadar penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) meningkat daripada 96 peratus pada 24 Mei kepada 104 peratus pada 6 Jun.

"Kadar penggunaan katil ICU yang melebihi 100 peratus ini amat membimbangkan di mana tidak semua pesakit yang memerlukan rawatan kritikal dapat ditempatkan di ICU," katanya.

Katanya lagi, pesakit dalam Kategori 4 lazimnya memerlukan rawatan selama 14 hingga 16 hari manakala pesakit kategori 5 lazimnya memerlukan rawatan selama 19 hingga 26 hari.

Menurut Noor Hisham, terdapat peningkatan pesakit dalam dua kategori tersebut (iaitu di tahap serius) yang memerlukan oksigen dan bantuan pernafasan, terutama golongan warga emas dan mereka yang mengalami komorbiditi.

Dia juga memaklumkan, setakat 6 Jun kadar penggunaan katil bagi pesakit Covid-19 bukan ICU menunjukkan sedikit penurunan dalam tempoh dua minggu ini, iaitu dari 99 peratus kepada 89 peratus.

Untuk rekod, untuk lapan hari pertama bulan ini, terdapat 740 kes kematian melibatkan wabak Covid-19 telah dilaporkan di Malaysia - iaitu lebih separuh daripada kes kematian yang dilaporkan pada Mei (1,289 kes).

Lihat Komen
ADS