Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Giliran Muhyiddin menghadap Agong
Diterbitkan:  Jun 15, 2021 3:04 PM
Dikemaskini: 8:37 AM

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah di Istana Negara, Kuala Lumpur tengah hari ini.

Malaysiakini difahamkan ia merupakan pertemuan pramesyuarat Kabinet yang telah diawalkan. Pertemuan itu lazimnya diadakan setiap Rabu.

Muhyiddin juga dijangka menyampaikan perutusan khas Pelan Pemulihan Negara pada pukul lima petang nanti.

Pada minggu lalu, Sultan Abdullah menerima menghadap sejumlah pemimpin parti politik.

Ia mencetuskan spekulasi berkenaan perebutan kuasa politik. Bagaimanapun, kebanyakan pemimpin memberitahu media bahawa perbincangan dengan Agong kebanyakannya berkaitan soal wabak Covid-19 dan ekonomi.

Pertemuan hari ini juga sehari sebelum sebelum sesi perbincangan khas raja-raja Melayu di Istana Negara.

Esok, tumpuan bakal terarah kepada Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja Melayu bagi membincangkan soal berkaitan dengan usaha-usaha memerangi penularan wabak Covid-19 dan pelaksanaannya semasa tempoh darurat.

Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu itu adalah kali kedua diadakan di Istana Negara sejak Al-Sultan Abdullah menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Jan 2019.

Kali pertama Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu adalah pada 25 Okt tahun lalu. 

Lihat Komen
ADS