Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Audit keselamatan siber terhadap 175 laman web k'jaan

Audit keselamatan siber akan dilakukan terhadap 175 laman web kerajaan yang dianggap "tidak selamat", di mana pakar memberi amaran ia terdedah kepada pencerobohan data peribadi dan risiko keselamatan siber yang lain.

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek berkata demikian ketika ditanya mengenai penemuan Malaysiakini antara penghujung Mei dan awal Julai lalu.

"Berkenaan dengan 175 laman web ini, kami telah menasihatkan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) bekerja sama dengan CyberSecurity Malaysia untuk mengadakan audit keselamatan siber untuk meneliti kelompongan.

"Sekiranya ada kekurangan, penambahbaikan boleh dilakukan. Ini adalah proses yang sedang berlangsung," katanya.

Isnin lalu, Malaysiakini melaporkan sekurang-kurangnya 175 daripada 700 laman web kerajaan dikategorikan sebagai tidak selamat.

Laman web dikenali sebagai "tidak selamat" apabila URL tertera dengan "http" dan bukan "https".

Laman web HTTP meliputi Istana Negara, Kementerian Pertahanan dan laman pemantauan Covid-19 Malaysia.

Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah yang turut menghadiri sidang media maya berkenaan, berkata kerajaan memutuskan untuk mengambil usaha bersama bagi mengetatkan keselamatan siber.

"Saya membawa isu ini pada mesyuarat mingguan kabinet tetapi tidak secara langsung mengenai laporan oleh Malaysiakini. Saya membawa laporan keseluruhan mengenai status keselamatan siber di Malaysia, yang merupakan perkara biasa bagi kita untuk melaporkan kepada kabinet.

"Kabinet telah memutuskan bahawa kita akan ada pusat kawalan keselamatan siber yang lebih sistematik dengan Majlis Keselamatan Negara sebagai sekretariat.

"Pusat kawalan ini akan diketuai oleh timbalan perdana menteri, Ismail Sabri Yaakob," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS