Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
NGO dakwa lelaki meninggal dunia dua hari lepas ditahan AADK
Diterbitkan:  Jul 23, 2021 9:34 PM
Dikemaskini: 1:34 PM

Sebuah NGO menggesa tindakan diambil berhubung kes seorang lelaki berusia 24 tahun yang dikatakan meninggal dunia setelah menghabiskan dua hari di bawah jagaan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

NGO Menghapuskan Kematian dan Penderaan Dalam Tahanan (Edict) mengatakan lelaki itu ditangkap oleh AADK pada pukul 9 malam pada hari Ahad, dan keluarganya dimaklumkan bahawa dia berada dalam keadaan kritikal di hospital pada pukul 1 pagi keesokan harinya.

Lelaki itu akhirnya meninggal dunia pada 20 Julai, dakwa kumpulan it, memetik maklumat yang diberikan oleh saudara terdekat si mati.

Edict juga mendakwa bahawa keluarga mangsa menyaksikan pegawai AADK memukul mangsa semasa penangkapannya.

"Edict percaya jika tuduhan keluarga si mati itu benar, maka kaedah pegawai AADK dalam menahan mangsa jelas tidak berperikemanusiaan dan melampaui batas undang-undang.

“Oleh itu, Edict mendesak polis Kedah untuk menyiasat para pelaku dan membawa mereka ke muka keadilan.

"Edict juga mendesak Pejabat Peguam Negara mendakwa para pelaku di mahkamah, dan AADK harus menggantung pegawai yang terlibat sementara menunggu siasatan polis," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Edict, keluarga lelaki itu telah mendakwa bahawa si mati dipukul dengan tongkat ketika dalam keadaan bergari.

“Mangsa dikatakan menjerit kesakitan. Walaupun begitu, pegawai AADK memijak badan dan lehernya,” katanya.

Malaysiakini telah menghubungi polis Kedah mengenai tuduhan tersebut dan sedang menunggu maklum balas.

Lihat Komen
ADS