Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
Lagi berita dari pengarang
mk-logo
Berita
Warga emas ditahan disyaki 'rogol' kambing hingga mati

Seorang lelaki warga emas berusia 60 tahun ditahan polis selepas disyaki merogol seekor kambing hingga menyebabkan haiwan terbabit mati di Kampung Sungai Buaya, Serendah, Hulu Selangor, semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita tempatan yang memaklumkan mendengar kambingnya mengeluarkan bunyi pelik dan melihat suspek yang dikenali itu dalam keadaan separuh bogel sebelum melarikan diri.

Katanya, dalam kejadian kira-kira 1.30 tengah hari itu wanita berusia 45 tahun itu juga mendapati kambing betina peliharaannya sudah mati.

"Susulan laporan polis yang diterima, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor menahan suspek hari ini.

"Suspek yang berusia 60 tahun itu ditahan di sebuah kawasan semak di Jalan Tengah, Kampung Sungai Buaya, Serendah pada jam 10.50 pagi tadi.

"Semakan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes jenayah," katanya ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.

Tambahnya Sepasukan anggota daripada Unit Forensik Polis Selangor dan Jabatan Veterinar Kuala Kubu Bharu turut ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.

Jelas Arsad, suspek akan direman di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu, esok untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan dan Seksyen 289 kanun sama.

"Kambing yang mati itu dihantar ke makmal Jabatan Veterinar untuk analisis dan bedah siasat.

"Semakan mendapatu suspek mempunyai rekod lampau yang membabitkan kes jenayah.

"Berikutan penahanan suspek, kita percaya berjaya menyelesaikan kes ini, sekali gus mengurangkan kegusaran masyarakat setempat," katanya.

Sebagai rekod jika sabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara selama tempoh sehingga 20 tahun, denda atau sebat.

Bagi kesalahan melakukan kecuaian berkenaan dengan haiwan boleh dipenjara hingga tempoh enam bulan, denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Lihat Komen