Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Sukarnya dapat ambulans, hospital - Usaha terdesak Adun bantu pesakit Covid-19
Diterbitkan:  Aug 3, 2021 10:10 AM
Dikemaskini: 2:10 AM

Adun Subang Jaya Michelle Ng Mei Sze menceritakan kesukaran yang dihadapi pasukannya untuk mendapatkan bantuan perubatan untuk seorang pesakit Covid-19 di beberapa hospital.

Menurut Ng, dia menerima panggilan telefon pada pukul 10.30 malam Ahad lalu, daripada seorang penduduk flat kos rendah yang meminta pertolongan untuk jirannya.

Dia diberitahu yang penduduk itu berdepan kesukaran bernafas, muntah dan rasa seperti "nak mati" tetapi gagal mendapatkan ambulans selepas lebih empat jam.

Katanya lagi, penduduk itu berkata talian kecemasan 999 memberitahu yang mereka tidak dapat membantu kerana masih ada tujuh orang lagi dalam senarai menunggu.

"Dia terus beritahu...bagaimana (jirannya yang sakit) buta huruf dan tak tahu menaip, apatah lagi guna MySejahtera untuk kemas kini status Covid-19, atau Selangkah untuk daftar dirinya di Pusat Penilaian Covid-19 di Stadium Melawati," katanya dalam kekait di Twitter.

Ng kemudian menghubungi perkhidmatan ambulans kecemasan Subang Jaya tetapi diberitahu yang mereka tidak beroperasi.

"Dengan tersekat-sekat, saya kata 'jika pesakit masih hidup dan anda beroperasi esok, boleh awak pertimbang untuk hantar dia ke hospital?'" katanya lagi.

Bagaimanapun, perkhidmatan ambulans itu memaklumkan walaupun jika mereka mampu mengambil pesakit itu, sukar untuk mencari hospital yang akan menerimnya kerana kekurangan katil.

Michelle Ng

Adun DAP itu kemudian berkata dia menghubungi Ambulans St John namun ia tidak dapat memecahkan kebuntuan.

Katanya lagi, pihak St John hanya memohon maaf kerana kesemua enam ambulansnya sedang mengangkut pesakit dan setiap satu memiliki tiga pesakit dalam senarai menunggu.

"Saya marah. Saya marah kerana mereka perlu minta maaf, kerana orang yang mendedikasikan hidupnya untuk merawat orang perlu memilih siapa yang boleh hidup dan mati," katanya.

Menurut Ng lagi, dia dan pembantunya, yang bernama Henry, perlu mencari pilihan lain untuk mendapatkan ambulans, termasuk daripada pihak yang mengenakan bayaran sehingga RM1,209.

Mereka akhirnya mendapat ambulans dengn bayaran asas RM700 dan tambahan RM200 untuk setiap hospital yang mereka perlu pergi, jika mereka tidak dapat memasukkan pesakit ke hospital.

Hospital tak terima

Ng turut berkata, pembantunya memaklumkan seorang pesakit yang diangkut ambulans tersebut dikenakan bayaran ebanyak RM1,700 memandangkan mereka perlu pergi ke banyak hospital.

"Tak ada katil yng cukup," katanya lagi.

Pembantunya malah mencadangkan agar mereka mengikut ambulans itu agar dapat menentukan jika kadar bayaran "terlalu tinggi" untuk terus mencari hospital yang dapat menempatkan pesakit tersebut.

Dalam usaha mengurngkan kos, Ng berkata mereka mula menghubungi hospital untuk memeriksa jika ada katil di sana.

"Dia (pembantunya) telefon Hospital Tengku Ampaun Rahimah di Klang - tiada jawapan.

"Saya telefon (hospital) Sha Alam - mereka kata tak dapat lagi terima pesakit Covid-19 tapi beritahu hospital Ampang, Selayang dan Serdang mungkin ada katil. Saya telefon Serdang - mereka kata sudah penuh tetapi mungkin ada katil di Putrajaya.

"Ketika saya telefon (hospital) Putrajaya - operator kata mereka hanya terima kes daripada talian 999. Saya merayu yang kami sudah tunggu empat jam dan 999 minta kami cari sendiri hospital," katanya.

Mereka akhirnya mendapat berita baik dari hospital Kuala Lumpur (HKL) dan ketika ambulans datang untuk mengambil penduduk flat tersebut, tekanan darahnya naik begitu tinggi, menurut Ng.

"Mereka perlu berikan oksigen kepadanya kerana dia sukar bernafas selepas turun tangga."

Katanya lagi, penduduk itu tiba di HKL pada kira-kira pukul 2.50 pagi tetapi terpaksa menunggu di khemah di perkarangan hospital.

Dia akhirnya ditempatkan di bilik nyah mampat sekitar pukul 7.40 pagi bersama-sama tujuh lagi pesakit yang sedang menunggu katil.

Ng menggesa penduduk di kawasannya agar memandang serius wabak Covid-19.

"Sistem kita telah runtuh. Virus ini 'memusnahkan' keluarga.

"Pada minggu ini saja, pemimpin masyarakat memberitahu saya ada empat kematian berkatain Covid-19. Saya merayu kepada anda - tolong pandang serius perkara ini," katanya lagi.

Dia juga menggesa agar semua orang memastikan mereka menerim vaksin Covid-19.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS