Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Shafie kecewa GPS tak sokong calon PM dari Borneo
Diterbitkan:  Aug 18, 2021 3:53 PM
Dikemaskini: 7:53 AM

Presiden Warisan, Shafie Apdal, tidak lagi mencalonkan diri untuk menjadi calon perdana menteri.

Shafie nampaknya berharap dapat memperoleh sokongan dari GPS untuk menambah jumlah sokongan pembangkang, tetapi gagal melakukannya.

Borneo Post memetik Shafie yang menyorot kekurangan sokongan dari GPS untuk memiliki perdana menteri dari Malaysia Timur.

Namun, dia tetap optimis bahawa ia boleh menjadi kenyataan dalam pilihan raya akan datang.

"Bukan untuk saya sendiri, telah dipersetujui oleh nenek moyang kita di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bahawa negari-negeri Borneo akan memiliki hak yang sama," katanya seperti dilapor.

Lapan belas ahli parlimen GPS dijangka akan menyokong Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri.

Ismail dijangka mendapat sokongan 115 ahli parlimen sekiranya tiada perubahan saat-saat akhir, untuk dilantik menjadi perdana menteri.

Sementara itu, presiden Warisan itu mengatakan partinya akan menyokong Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai pilihan pembangkang untuk perdana menteri.

“Anwar adalah calon kami, satu-satunya calon pembangkang. Parti saya akan memberi sokongan penuh kepada Anwar sebagai perdana menteri,” katanya.

Semalam, Shafie telah mengatakan bahawa dia akan menyokong Anwar jika ketua pembangkang itu dapat memperoleh sokongan yang mencukupi.

Seorang calon perdana menteri memerlukan sokongan sekurang-kurangnya 111 ahli parlimen untuk mengambil alih kuasa.

Walau bagaimanapun, pembangkang dilihat terkandas pada 105 sokongan ahli parlimen.

Ahli parlimen diberi masa sehingga 4 petang ini untuk memberitahu Yang di Pertuan Agong mengenai perdana menteri pilihan mereka.

Lihat Komen
ADS