Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PM akan menghadap Agong, persembah senarai Kabinet
Diterbitkan:  Aug 26, 2021 10:49 AM
Dikemaskini: 3:59 AM

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini bagi mempersembahkan barisan Kabinet baru.

Urusan menghadap Seri Paduka itu akan diadakan di Kuantan, Pahang.

Perkara itu disahkan oleh sumber dari Istana Negara, menurut laporan The Star Online.

Laporan itu berkata, senarai Kabinet itu sepatutnya dipersembahkan semalam tetapi ditangguhkan ke hari ini, memandangkan Agong tidak berada di Kuala Lumpur.

Ismail bertolak ke Pahang hari ini.

Ia juga melaporkan bahawa Ismail diminta memuktamadkan senarai kabinet sebelum sambutan Hari Merdeka pada 31 Ogos.

Selepas senarai kabinet itu dipersembah kepada Agong, majlis angkat sumpah dijangka akan diadakan secepat mungkin.

Sementara itu, Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail mengesahkan ketibaan Ismail di negeri itu pagi ini.

Menerusi media sosial, Wan Rosdy berkata dia menyambut ketibaan Ismail di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Kuantan. 

Lihat Komen
ADS