Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
IGP: Kereta mewah hanya untuk percubaan
Diterbitkan:  Oct 8, 2021 5:24 PM
Dikemaskini: 11:09 AM

Ketua Polis Negara Acryl Sani menjelaskan bahawa lima unit kenderaan mewah dengan logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diterima di Bukit Aman, semalam, hanyalah untuk "uji cuba" atau 'Peringkat Pembuktian Konsep' (POC) sebelum sebarang keputusan pembelian dimuktamadkan.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Acryl menjelaskan bahawa lima kenderaan BMW model X3 dan Volkswagen model Tiguan itu akan diuji cuba selama dua minggu.

"PDRM pada masa ini hanya menggunakan kereta berkenaan selama dua minggu sebagai percubaan tanpa sebarang apa-apa perjanjian.

"Tujuannya adalah untuk kita mendapat maklum balas sama ada kegunaan kenderaan ini sesuai atau tidak bagi sebarang penugasan dalam PDRM," katanya seperti dipetik laporan itu.

Baru-baru ini, beberapa gambar kenderaan mewah dengan logo PDRM tular di media sosial.

 

Gambar-gambar itu mengundang pelbagai reaksi, dengan beberapa memuji sementara yang lain mempersoalkan perlunya pengeluaran wang pembayar cukai seperti itu ketika negara masih menghadapi kejatuhan ekonomi akibat wabak Covid-19.

Lihat Komen
ADS