Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kertas Pandora: Kenapa speaker jadi macam peguam bela, soal Anwar
Diterbitkan:  Oct 11, 2021 1:55 PM
Dikemaskini: 7:13 AM

  • Dikemas kini dengan laporan penuh.

Usaha Presiden PKR Anwar Ibrahim supaya parlimen membincangkan isu Kertas Pandora sekali lagi menemui jalan buntu.

Dia justeru mempertikaikan keputusan speaker Dewan Rakyat Azhar Harun.

“Saya tak faham kenapa speaker memilih menjadi peguam bela orang-orang ini,” kata anggota parlimen Port Dickson dalam sidang Dewan Rakyat.

Kertas Pandora merujuk kepada pendedahan pemillikan aset kewangan luar pesisir, yang turut melibatkan menteri, timbalan menteri dan hartawan Malaysia.

Azhar bagaimanapun membidas kembali Anwar sambil menegaskan keputusannya muktamad.

“Saya bukan nak jadi peguam, saya cuma membetulkan fakta… takpa Yang Berhomat saya telah buat keputusan dan saya nyatakan keputusan saya itu muktamad.

“Terpulang pada Yang Berhormat untuk rujuk keputusan itu di bawah Peraturan 43,” katanya.

Azhar sebelum itu berkata Kertas Pandora bukan berkaitan penyorokan atau pengeluaran wang tetapi pemilihan saham.

“Ini dua perkara yang berbeza,” katanya.

Sementara itu, Bernama melaporkan penolakan kali kedua bagi usul dibawa Anwar bawah Peraturan 90 (1) dan 90 (2) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat kerana tidak lengkap.

Kata Azhar, Anwar perlu menggunakan Peraturan 43.

“Saya dah tengok surat (notis) Yang Berhormat (Anwar) dan saya sudah tanda tangani surat itu dan tepat jangkaan Yang Berhormat saya menolak usul tersebut kerana Yang Berhormat membuat usul untuk (peraturan) 90 (1) dan 90 (2) untuk menghentikan kuat kuasa peraturan, tapi tidakpun dinyatakan peraturan mana yang nak dihentikan.

“Kedua, pokok pangkal persoalan yg dibangkitkan usul terbaharu ini ialah mengenai perkara sama dan usul di bawah (peraturan) 18(1) dan 18 (2) yang dibuat minggu sudah yang telahpun saya tolak… jadi terpaksalah saya tidak boleh terima 90 (1) dan 90 (2).

“Mengenai keputusan (tolak usul) minggu sudah, sebenarnya saya rasa aturan yang patut Yang Berhormat gunakan ialah Peraturan 43, iaitu untuk dewan ini melihat semula keputusan saya itu… tapi yang saya dapat usul di bawah 90(1) dan 90(2),” katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS