Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PAC tak puas hati - prestasi Amanah Raya tidak memuaskan
Diterbitkan:  Oct 14, 2021 12:05 PM
Dikemaskini: 4:07 AM

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tidak berpuas hati dengan prestasi Amanah Raya Berhad (ARB) yang disifatkan sebagai lambat dan 'tidak memuaskan'.

Pengerusi PAC, Wong Kah Woh (PH-Ipoh Timur) dalam satu kenyataan Selasa lalu, berkata laporannya mendapati bahawa ARB tidak mempunyai dasar pelaburan yang lengkap dan menyeluruh.

Selain itu, lembaga pengarah juga tidak mempunyai kawalan ke atas pelaburan yang berpotensi dilakukan.

Wong menambah bahawa prestasi pelaburan ARB dana Wang Bersama (KWB) "tidak memberangsangkan" dan menyumbang kepada kerugian terkumpul KWB sebanyak RM1.023 bilion pada tahun 2019.

"Sebanyak tujuh pindaan polisi telah dicadangkan oleh Jawatankuasa Arahan Syarikat ARB, namun sehingga sekarang hanya dua pindaan polisi telahdiluluskan oleh Lembaga Pengarah.

"Kemajuan untuk lima pindaan polisi yang lain adalah amat lambat dan tidak memuaskan. ARB juga tidak mempunyai suatu polisi pelaburan yang lengkap dan Lembaga Pengarah tidak mempunyai kawalan terhadap pelaburan yang bakal dibuat," kata Wong.

Selain itu, Wong, berkata, laporan PAC juga mundapati berlaku pelaburan yang dilaksanakan tanpa melalui kelulusan Jawatankuasa Pelaburan.

"Ketiadaan penanda aras dalam pelaburan menyumbang kepada kelemahan ARB dalam menilai setiap satu pelaburan sehingga menyebabkan kerugian.

"Prestasi pelaburan dana KWB oleh ARB adalah tidak memberangsangkan dan telah menyumbang kepada kerugian terkumpul KWB tahun 2019 sebanyak RM1.023 bilion.

"Antaranya, ARB mengalami kerugian sebanyak RM114.34 juta dalam pelaburan projek pembangunan 56 unit Keppel Bay Properties di Singapura di mana Gross Development Value (GDV) projek tidak mencukupi untuk menampung kos pelaburan," katanya.

Tambah Wong, tidak ada dokumen yang membuktikan due diligence atau feasibility study dilaksanakan sebelum pelaburan dibuat.

"ARB didapati telah cuai dalam proses membuat keputusan pelaburan dengan menganggarkan GDV terlalu tinggi berbanding harga pasaran;

"Agihan pendapatan kepada pemegang dana tidak mengambil kira kemampuan KWB dan tidak selaras dengan Seksyen 27 Akta 532. Keputusan agihan pendapatan hanya dibuat oleh Pengarah Urusan Kumpulan (GMD) ARB tanpa merujuk kepada Lembaga Pengarah.

Sehubungan itu, kata Wong sebagai langkah penambahbaikan terhadap ARB, PAC Parlimen mengesyorkan kepada kerajaan supaya polisi-polisi yang tersenarai dalam Buku Panduan Menteri Kewangan (Diperbadankan) [MKD] wajib dipatuhi oleh ARB.

"Kesemua pindaan polisi yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Arahan Syarikat ARB hendaklah diputuskan oleh Lembaga Pengarah dengan segera.

"ARB juga perlu mempunyai suatu polisi pelaburan yang lengkap demi memaksimumkan impak pelaburan selaras dengan objektif penubuhannya. Jawatankuasa Pelaburan perlu dibantu oleh barisan pakar pelaburan dan hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya kepada Lembaga Pengarah selari dengan kepentingan organisasi.

Selain itu, ARB hendaklah melaksanakan audit ke atas kerugian terkumpul KWB khususnya dalam pelaburan projek pembangunan 56 unit Keppel Bay Properties di Singapura dan agihan pendapatan kepada pemegang dana hendaklah mematuhi Seksyen 27 Akta 532 dan diputuskan oleh Lembaga Pengarah," tambahnya.

Lihat Komen
ADS