Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Isu arak Timah: Nasihat Hadi pada ‘penjaga urusan agama’
Diterbitkan:  Oct 22, 2021 11:40 AM
Dikemaskini: 4:03 AM

  • Dikemas kini dengan berita penuh.

Penyalahgunaan nama arak mungkin boleh dielakkan jika perkara itu dikawal oleh pihak berkuasa agama.

“Sepatutnya pihak yang menjaga urusan agama Islam juga tidak mengizinkan sebarang penyalahgunaan nama yang cuba mengelirukan penganut Islam oleh mana-mana pihak,” kata Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Arak tempatan itu mencetuskan kontroversi sejak tular sejak minggu lalu susulan penggunaan namanya.

Ia juga mengunakan gambar seakan lelaki berkopiah, justeru mencetuskan kemarahan NGO, persatuan pengguna, kumpulan pendesak Melayu dan parti-parti politik.

Syarikat pengeluarnya bagaimanapun menjelaskan perkataan itu merujuk kepada bijih timah, komoditi utama negara di era pentadbiran British di Tanah Melayu.

Gambar lelaki pada label berkenaan pula ialah wajah Kapten Speedy, pegawai British yang pernah berkhidmat di negara ini.

Terdapat pihak menyelar kerajaan kerana didakwa membenarkan perkara itu berlaku. 

Timbalan menteri agama Ahmad Marzuk Shaary bagaimanapun berkata kerajaan tidak boleh dipersalahkan kerana wiski itu bukan dikeluarkan oleh kerajaan.

Menulis di Facebook sebentar tadi, Hadi berkata walau apa pun alasan, nama "Timah" tidak patut digunakan oleh jenama arak.

Katanya, nama itu dekat dengan nama Fatimah al-Zahra, puteri kesayangan Rasulullah SAW “dan secara halus boleh dianggap menyentuh sensitiviti dalam kalangan penganut Islam”.

Pejabat mutti: Tarik balik serta-merta

Sementara itu, pejabat mufti Wilayah pula dalam penjelasan isu semasanya pula berkata penggunaan nama Timah menimbulkan persepsi “seolah-olah ada agenda tersembunyi seperti ingin menormalisasi budaya arak dalam kalangan masyarakat Melayu Muslim”.

“Penggunaan jenama arak dengan perkataan bahasa Melayu seperti ‘Timah’ ini amatlah tidak wajar sama sekali.

“Ia mesti ditarik dan diubah serta-merta, di samping gambar yang digunakan juga hendaklah tidak menyentuh sensitiviti masyarakat Islam yang merupakan penduduk majoriti, demi keharmonian negara,” katanya.

Lihat Komen
ADS