Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemangku Raja kembali jadi pemegang saham terbesar syarikat bina PDF Lynas

Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah memperoleh semula pegangan sahamnya dalam Gading Senggara Sdn Bhd (GSSB), sekali gus menjadikannya pemegang saham terbesar dalam syarikat yang ditugas melaksanakan pembinaan tapak pelupusan kekal sisa (PDF) Lynas Malaysia di Kuantan itu.

Perkembangan itu direkodkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

GSSB ialah kontraktor utama bagi rancangan pembinaan kemudahan tapak pelupusan kekal (PDF) Lynas di Kawasan Perindustrian Gebeng di Kuantan, Pahang, menurut laporan penilaian kesan alam sekitar (EIA).

Rancangan asal Lynas adalah untuk membina PDF di Bukit Ketam, Mukim Kuala Kuantan tetapi EIA untuk ini telah ditolak oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada April.

GSSB juga merupakan kontraktor projek untuk PDF Bukit Ketam.

Tengku Hassanal, 26, adalah putera Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Tengku Hassanal menjadi pemangku raja Pahang selepas ayahandanya diangkat sebagai Yang di-Pertuan Agong bagi menggantikan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.

Pada 17 Feb, Tengku Hassanal dan Naib Ketua Umno Bentong Johari Harun, yang merupakan pemegang saham kedua terbesar dalam GSSB, melepaskan pegangan saham masing-masing.

Pengarah GSSB Ahmad Radzi Zaini kini memegang 90 peratus saham GSSB yang pernah dimiliki Tengku Hassanal dan Johari.

Ini berlaku selepas Malaysiakini pada hari yang sama melaporkan Tengku Hassanal merupakan pemegang saham majoriti dengan 50 peratus pegangan saham syarikat terbabit.

Bagaimanapun, GSSB mengemas kini profil syarikatnya pada 21 April, yang menunjukkan Tengku Hassanal dan Johari telah memperoleh semula saham mereka.

Rekod SSM, yang dibeli pada 24 Sept, tidak menjelaskan sebabnya.

Menurut laporan EIA, kerajaan negeri Pahang memainkan peranan dalam rancangan Lynas untuk membina PDF di Kawasan perindustrian Gebeng di Kuantan itu dengan menjadikan GSSB sebagai kontraktor utama.

“Walaupun Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) mempunyai kemudahan pelupusan sisa di tapak sendiri, adalah lebih baik untuk mempunyai premis berasingan oleh entiti bebas atau berbeza untuk menguruskan sisa.

“Ini adalah antara keperluan kerajaan negeri untuk memastikan semua pembaziran diambil kira dan diurus dengan bertanggungjawab. Pelantikan GSSB adalah atas dasar itu,” menurut laporan itu.

NGO Center for Combat Corruption and Cronyism (C4) dalam satu kenyataan sebelum ini turut mempersoalkan kelayakan GSSB untuk membangunkan tapak pelupusan kekal sisa Lynas.

Ini kerana GSSB adalah pengendali sisa berjadual berlesen, menurut Lynas.

Bagaimanapun, nama GSSB tidak ditemui dalam senarai syarikat berlesen JAS.

C4 juga mendedahkan bahawa dalam laporan kewangan GSSB untuk tahun yang berakhir pada Jun 2018, yang diserahkan dua tahun lambat ke SSM pada bulan Mei 2020, (menunjukkan)  retained earning (pendapatan bersih selepas ditolak dividen kepada pemegang saham) tampaknya negatif, tidak ada pendapatan, dan mengalami kerugian selepas cukai.

 

Laporan tersebut, turut menyatakan bahawa tapak baru yang dicadangkan itu terletak di Kawasan Perindustrian Gebeng, di Lot 31375, yang terletak di sebelah Lamp.

Lot 31375 meliputi 28.33ha (70 ekar), dengan 25.25ha daripada kawasan itu akan digunakan untuk projek terbabit.

Projek yang dicadangkan itu dianggarkan siap pada 2026.

Laporan EIA mendedahkan bahawa Lot 31375 adalah tanah persendirian yang telah diambil alih oleh GSSB.

Menurut surat bertarikh 12 Ogos, setiausaha kerajaan negeri Pahang memaklumkan GSSB bahawa mesyuarat exco kerajaan negeri telah bersetuju untuk menuntut semula (ambil balik) Lot 31375 dan menyewakannya kepada GSSB.

Malaysiakini telah menghubungi pejabat kerabat diraja Pahang, kerajaan negeri Pahang, GSSB dan Lynas untuk mendapatkan maklum balas mereka mengenai perkara ini.

PDF Lynas akan dibangunkan di atas tanah seluas 58.25ha.

Ini termasuk dua sel penyimpanan besar dengan kapasiti 1.35 juta meter padu atau bersamaan dengan 540 kolam renang Olimpik untuk menempatkan pelupusan residu pembersihan air radioaktif (WLP).

Bagaimanapun, di bawah projek PDF baru di Gebeng, empat sel penyimpanan akan dibina, tetapi jumlah kapasiti telah berkurangan sebanyak 18 peratus kepada 1.10 juta meter padu.

Ini telah menimbulkan kebimbangan mengenai ruang yang tidak mencukupi untuk penyimpanan sisa.

Rancangan PDF Bukit Ketam sebelum ini dibatalkan selepas laporan EIA.

Mengikut terma rujukan (TOR) untuk penilaian kesan alam sekitar (EIA), Sahabat Alam Malaysia (SAM) telah meminta EIA mewajarkan dan membincangkan secara terperinci jika cadangan tapak baru itu mempunyai kapasiti yang mencukupi untuk menampung 1.53 juta tan metrik sisa WLP.

 

Laporan itu tidak menjelaskan kebimbangan secara terperinci tetapi hanya menyediakan graf untuk menunjukkan kapasiti dan isipadu setiap sel storan dan WLP.

Laporan itu menganggarkan bahawa menjelang Jun 2023, Lynas akan mengumpul 1.10 juta meter padu WLP.

Laporan EIA diterbitkan oleh JAS dan disiapkan oleh syarikat perunding Dr Nik & Associates Sdn Bhd.

Orang ramai boleh melihat laporan EIA bermula semalam (12 Okt) hingga 10 Nov, manakala tarikh tutup untuk memberikan maklum balas adalah pada 25 Nov.

Bulan lalu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Dr Adham Baba mengesahkan kerajaan memberikan lanjutan masa kepada Lynas untuk membina PDF sehingga Mac 2022.

Dengan kata lain, GSSB perlu mendapat persetujuan pihak berkuasa dan menyiapkan pembinaan dalam tempoh lima bulan akan datang.

Ini adalah kali kedua kerajaan bersetuju untuk melanjutkan tarikh akhir pembinaan PDF.

[Baca berita asal]

ADS