Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pengeluar wiski Timah setuju pertimbang tukar logo, nama - menteri
Diterbitkan:  Oct 28, 2021 3:58 PM
Dikemaskini: 7:58 AM

Pengeluar jenama wiski tempatan Timah, Winepark Corporation Sdn Bhd, bersetuju mempertimbangkan untuk merombak imejnya yang didakwa pengkritik sebagai menghina Islam atau mengelirukan umat Islam.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta Linggi berkata persetujuan itu dicapai semasa mesyuarat antara kementerian dengan wakil Winepark serta pegawai dari Jabatan Kemajuan Islam (Jakim).

“Melalui perbincangan itu, Winepark telah meminta selama seminggu untuk berbincang dengan pemegang saham dan lembaga pengarahnya untuk menukar nama dan imej jenama pada label wiski.

“Perkara itu antara persetujuan yang dicapai semasa mesyuarat semalam antara wakil syarikat dan kerajaan,” kata Alexander dalam satu kenyataan.

Antara yang hadir termasuk Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa, Menteri Hal Ehwal Agama Senator Idris Ahmad dan Menteri Perpaduan Negara Halimah Mohamed Sadique.

Alexander berkata mesyuarat itu diadakan secara harmoni untuk mencapai kata sepakat bersama demi kebaikan negara.

Tambahnya, ia juga susulan mesyuarat awal Winepark dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) pada Isnin.

Menjawab bantahan awal, Winepak sebelum ini menjelaskan jenama Timah dinamakan sempena perkataan Melayu untuk bijih timah, manakala imej logo lelaki berjanggut pada labelnya merupakan Kapten Tristram Speedy, seorang pegawai Inggeris semasa penjajahan British di Tanah Melayu.

Pengkritik yang menyeru untuk menukar nama telah menyamakan Timah dengan nama seorang wanita Islam, malah ada yang merujuk kepada cucu Nabi Muhammad, Fatimah.

Lihat Komen
ADS